SPRM Akan Panggil Daim Sekali Lagi

SPRM Akan Panggil Daim Sekali Lagi

SPRM Akan Panggil Daim Sekali Lagi

SPRM mungkin memanggil Daim Zainuddin sekali lagi bagi membantu siasatan.

Sumber memaklumkan, SPRM mengesyaki Daim mungkin mempunyai lebih banyak harta yang belum diisytiharkan kepada pihak berkuasa.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, berkata, pegawai penyiasat agensi itu baru-baru ini menerima maklumat baru mengenai aset milik Daim.



SPRM kini sedang berusaha untuk menyiasat kesahihan dakwaan tersebut.

“Siasatan (terhadap Daim) masih diteruskan”.

“Kita kena buat banyak pengesahan harta-harta yang tak diisytiharkan”.

“Jadi menjadi tanggungjawab kita untuk menyemak harta-harta yang kita dapat maklumat tak isytiharkan”.



“Pada peringkat ini belum (panggil untuk soal siasat)”.

“Biar pegawai penyiasat kumpul (maklumat) harta-harta lainyang kita syak di dalam dan luar negara”.

“Saya jangka kalau banyak maklumat lagi diperolehi, dia akan dipanggil kemudian,” jelas Azam Baki.

Sumber memaklumkan, siasatan itu melibatkan aset lain yang disiasat seperti hartanah, saham dan akaun bank di Malaysia dan di luar negara.



Pegawai penyiasat memerlukan lebih banyak masa memandangkan suruhanjaya itu memerlukan bantuan daripada agensi berkaitan di luar negara.

Selain itu, SPRM juga meneruskan siasatan lain terhadap jutawan itu atas dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram.

Penulis juga dimaklumkan, selain dari SPRM, LHDN juga dikatakan sedang membuat persiapan untuk membuka fail siasatan terhadap Daim.

Ia berkaitan dengan siasatan terhadap cukai yang tidak dibayar berdasarkan kepada harta yang tidak pernah diisytiharkan.



Namun begitu, LHDN dikatakan memberi laluan kepada SPRM untuk menamatkan siasatan yang sedang dilakukan ke atas Daim.

Sama ada benar atau tidak maklumat yang diterima mengenai LHDN, tidak dapat penulis pastikan kesahihannya.

Sama-sama kita menunggu perkembangan selanjutnya tanpa membuat sebarang spekulasi awal.

SPRM Akan Panggil Daim Sekali Lagi

 



Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button