Hadi Awang Pemimpin Terpaling Islam Dalam Sejarah Malaysia

Hadi Awang Pemimpin Terpaling Islam Dalam Sejarah Malaysia

Hadi Awang Pemimpin Terpaling Islam Dalam Sejarah Malaysia

Dalam tulisan minda presiden bertajuk Perpaduan Berdasarkan Petunjuk Allah, presiden PAS, Hadi Awang, menulis PAS tetap beristiqamah bersama Islam yang berkuasa.

Dengan angkuhnya beliau juga mendakwa PAS menolak apa yang beliau anggap sebagai Islam sekular yang tidak berkuasa.

Dakwa beliau lagi, Islam sekular tersebut dicacatkan oleh penjajah dengan meninggalkan petunjuk Allah SWT.



Walau pun tidak menyatakan secara jelas apa yang dirujuknya dalam catatan tersebut, tetapi ia mengingatkan pendirian PN menolak idea Istana Negara mengenai pembentukan kerajaan perpaduan selepas PRU ke-15.

Hadi berkata PAS menolak perpaduan yang berbentuk sekular dan liberal yang didakwanya diwarisi daripada penjajah justeru ia diharamkan.

Langkah itu tidak menjadikan PAS degil dakwa Hadi lagi.

Sebaliknya menjalankan kewajiban sebagai hamba Allah SWT yang beriman serta mengikut perintah Tuhan, tambah beliau.



“Masalahnya masih ramai yang tidak mahu menerima penyelesaian Islam yang ingin dikembalikan oleh PAS”.

“Kerana masih tegar pegangannya kepada pelaksanaan yang gagal,” katanya.

Saifuddin Nasution menyifatkan kenyataan Hadi itu sebagai kenyataan seorang yang cukup sombong.

Hadi Awang Gunakan Politik Untuk Kepentingan Agama Atau Gunakan Agama Untuk Kepentingan Politik?

Penulis mahu bertanya beberapa soalan kepadaHadi Awang.



  1. Ketika menjadi ahli parlimen, kenapa Hadi Awang kerap ponteng, adakah makan gaji buta sebahagian dari ajaran Islam?
  2. Sepanjang menjadi ahli parlimen, apa yang Hadi Awang pernah bawa cadangan atau usul ke parlimen?
  3. Ketika menjadi Duta Khas Timur Tengah, apakah misi Hadi Awang yang pernah dibawa ke sana?
  4. Ketika PAS menjadi kerajaan dalam PN apa atau sektor mana yang telah diIslamkan?
  5. Sebagai parti terbesar kenapa PAS dan Hadi Awang tidak menjadi pengerusi PN dan tidak dinamakan sebagai calon PM10?
  6. Kenapa ketika YDP Agong ajak bersama dalam kerajaan perpaduan Hadi Awang turut menolak, bukankah itu menderhaka kepada YDP Agong dan raja raja Melayu?
  7. Hadi Awang dakwa PAS mendokong demokrasi tapi kenapa masih mempertikai PH yang menang sebanyak 82 kerusi berbanding PN 74 kerusi?
  8. Ketika PAS lebih ramai ahli parlimen dalam PN kenapa pilih Hamzah sebagai Ketua Pembangkang, minoriti menguasai majoriti, mana demokrasinya?
  9. Kenapa suka menghina orang lain, inikah yang Rasulullah SAW ajar, kalau ya, boleh beritahu kitab rujukannya?
  10. Kenapa Hadi Awang tidak mengotakan kata perlu taat kepada pemerintah dan raja?

Sebenarnya apa yang Hadi Awang cuba hendak buktikan?

Hadi Awang Pemimpin Terpaling Islam Dalam Sejarah Malaysia

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button