Lebih 90 kanak-kanak diselamatkan dari perdagangan haram

Lebih 90 kanak-kanak diselamatkan dari perdagangan haram

Lebih 90 kanak-kanak diselamatkan dari perdagangan haram
GAMBAR HIASAN

New Delhi: Kira-kira 95 kanak-kanak berumur antara empat dan 12 tahun diselamatkan di negeri Uttar Pradesh di utara India ketika mereka diperdagangkan secara haram dari Bihar, kata seorang pegawai tempatan pada Sabtu.

Kanak-kanak itu dilaporkan telah diperdagangkan di dalam bas tanpa kebenaran ibu bapa mereka. Pegawai Suruhanjaya Kanak-kanak Uttar Pradesh menyelamatkan kanak-kanak itu selepas mendapat maklumat mengenai pemerdagangan haram itu, lapor Xinhua.

“Semua 95 kanak-kanak yang diselamatkan berumur antara empat hingga 12 tahun. Kebanyakan mereka memberitahu kami bahawa mereka tidak tahu ke mana mereka dibawa. Ibu bapa mereka sedang dihubungi, dan kanak-kanak itu akan segera diserahkan kepada mereka sebaik tiba,” kata pegawai jawatankuasa kebajikan kanak-kanak tempatan Sarvesh Awasthi yang dipetik oleh akhbar The Times of India.



Lebih 90 kanak-kanak diselamatkan dari perdagangan haram

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Ramai Netizen dan rakyat teruja, gembira bila dimaklumkan Tun Mahathir antara yang sedang disiasat SPRM



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button