Derita Rakyat Selepas PRU 14

Derita Rakyat Selepas PRU 14

Derita Rakyat Selepas PRU 14

Tidak dapat dinafikan, sejak negara merdeka pada tahun 1957, rakyat Malaysia hidup dalam keadaan selesa dan harmoni.

Bukan kaya, tetapi pendapatan yang diperolehi cukuplah untuk menampung keperluan keluarga.

Peluang pekerjaan juga tidak begitu sukar.



Tidak perlu anak-anak muda yang baru tamat belajar di universiti awam dan swasta berebut peluang pekerjaan yang tidak setaraf dengan kelulusan mereka.

Juga bukan bermaksud sebaik sahaja tamat pengajian di menara gading, anak muda kita sudah ada jaminan pekerjaan.

Tetapi sekiranya menganggur pun, hanyalah seketika.

Tetapi keadaan berubah selepas negara mengadakan pilihanraya umum ke 14 pada tahun 2018.



Bukan sahaja peluang pekerjaan semakin sukar, malah yang ada pekerjaan ketika itu, sentiasa berada dalam kerisauan.

Waktu itu, mereka yang bekerja terutamanya di sektor swasta boleh hilang pekerjaan dalam sekelip mata.

Kenapa perkara ini berlaku?

Dalam kempen PRU 14, pemimpin dan kerajaan yang memerintah ketika itu diserang oleh pembangkang dengan teruk.



Fitnah ditaburkan secara meluas ke atas pemimpin dan kerajaan yang memerintah ketika itu.

Pemimpin difitnah dengan pelbagai tuduhan rasuah dan salah guna kuasa yang ternyata langsung tidak berasas.

Kerajaan pula dilabelkan sebagai kerajaan kleptokrasi yang menjadikan budaya rasuah sebagai amalan pentadbiran.

Tidak cukup dengan itu, negara juga dikatakan berada di ambang muflis dan hutang luar negara dikatakan telah mencecah RM1 trilion.



Sudah pasti semua fitnah dan tuduhan tidak berasas tersebut akan menakutkan pelabur.

Politikus Bukan Hanya Memusnahkan Negara Tetapi Juga Kehidupan Rakyat

Selepas PRU 14, berlaku pertukaran regim yang memerintah negara.

Pihak yang sebelum itu telah menabur fitnah cuba membuktikan bahawa apa yang mereka katakan bukan fitnah tetapi fakta.

Akibatnya pelbagai tuduhan yang tidak mempunyai asas tetapi hanya berpaksikan dendam politik telah dicipta.



Pemimpin dari regim terdahulu telah didakwa dengan berpuloh-puloh dakwaan yang sangat pelik.

Tidak cukup dengan itu, pelbagai projek mega yang menguntungkan rakyat dan negara dan telah dipersetujui dengan pelabur luar dibatalkan serta merta tanpa alasan.

Sifat agresif regim baharu yang memerintah lebih menakutkan pelabur asing.

Mereka melihat Malaysia bukan lagi destinasi pelaburan yang boleh menjanjikan pulangan di atas pelaburan mereka.



Akibatnya, bukan sahaja pelabur baru takut hendak masuk, tetapi pelabur sedia ada menarik balik pelaburan mereka sebagai langkah berjaga-jaga.

Beratus-ratus bilion ringgit pelaburan asing yang telah berjaya dibawa masuk oleh perdana menteri sebelum itu, DS Najib, telah hilang sekelip mata.

Peluang pekerjaan menjadi semakin sukar.

Nilai ringgit di pasaran antarabangsa jatuh merudum akibat lambakan ringgit di pasaran matawang antarabangsa.

Pelabur asing yang membawa keluar pelaburan mereka telah membuatkan lambakan ringgit di pasaran matawang.

Teori asas ekonomi, apabila penawaran melebihi permintaan, maka nilai tawaran akan jatuh dan inilah yang berlaku.

Akibatnya, selain dari kehilangan pekerjaan, harga barang keperluan asas yang berasaskan barang impot seperti dedak ayam dan bahan makanan yang diimpot seperti beras melambung tinggi.

Sudahlah rakyat kehilangan pekerjaan, dalam masa yang sama, kos kehidupan pula melambung tinggi.

Tidak cukup dengan itu, kerajaan yang memerintah pula telah kehilangan pendapatan dari cukai.

Akibatnya, pelbagai subsidi yang sebelum ini diberikan kepada rakyat terpaksa ditarik balik atau dikurangkan.

Pelbagai bantuan kewangan yang diberikan oleh kerajaan terdahulu di bawah pimpinan DS Najib telah dimansuhkan.

Ini lebih menekan kehidupan rakyat yang sememangnya telah berada dalam kesusahan.

Tetapi itulah fakta yang telah berlaku dalam kehidupan kita dan ianya berlarutan sehingga ke hari ini.

Derita Rakyat Selepas PRU 14

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading