Beri Caruman KWSP Kepada Cikgu PASTI Sebelum Sibuk Pasal Pencen Penjawat Awam

Beri Caruman KWSP Kepada Cikgu PASTI Sebelum Sibuk Pasal Pencen Penjawat Awam

Beri Caruman KWSP Kepada Cikgu PASTI Sebelum Sibuk Pasal Pencen Penjawat Awam

Sebenarnya apa yang penulis akan tulis kali ini bukanlah isu terkini.

Tetapi isu ini sebenarnya sudah hampir sebulan berlalu.

Cuma penulis terlupa untuk mengupas perangai hipokrit pemimpin PAS mengenai isu cadangan pemansuhan pencen penjawat awam.

Bila penulis ditanya oleh seorang pemuda PAS mengenai isu nasib dan masa hadapan cikgu PASTI, baru penulis teringat semula isu yang pernah beliau bangkitkan.



Menurut rakan penulis tersebut, beliau merasa sangat malu dengan sikap kebanyakan pemimpin utama PAS mengenai isu cadangan pemansuhan pencen.

Bagi beliau, sikap beberapa pemimpin utama PAS yang mengulas isu tersebut telah menyerlahkan lagi sikap hipokrit mereka.

Mereka bercakap mengenai masa hadapan penjawat awam selepas skim pencen dimansuhkan.

Persoalkan bagaimana penjawat awam tersebut akan meneruskan hidup tanpa pencen selepas bersara.



Malah Timbalan Presiden PAS berkata adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk mencari dana supaya skim pencen dapat diteruskan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohamed Fadzli Hassan pula berkata kerajaan usah terburu-buru untuk menghapuskan skim pencen penjawat awam.

Ibarat Kera Di Hutan Hendak Di Susukan Tetapi Anak Di Rumah Mati Tak Makan

Menurut rakan penulis, kenapa yang pemimpin PAS hendak sibuk tentang cadangan pemansuhan pencen penjawat awam?

Ianya baru di peringkat cadangan.

Walau pun sudah diluluskan kabinet, ianya mesti dibahas dan diundi di parlimen.

Selepas itu akan di bawa ke Dewan Negara dan diluluskan oleh YDP Agong.

Perjalanan ke arah perlaksanaan masih lagi jauh.

Menurut beliau, apa yang patut diberi perhatian oleh pemimpin PAS adalah mengenai nasib dan masa hadapan cikgu PASTI yang ada sekarang.

Lebih baik fokus kepada kehidupan cikgu PASTI sekarang dari hendak sibuk mengenai masa hadapan penjawat awam yang tidak berpencen.

Apakah pemimpin PAS tidak tahu, bukan kata pencen, malah caruman KWSP tidak dibuat ke atas cikgu PASTI.

Malah gaju mereka berada jauh dari paras gaji minima yang telah ditetapkan kerajaan.

Pernahkan pemimpin PAS fikirkan bagaimana cikgu PASTI hendak hidup dengan gaji hanya sekitar RM600 ke RM700 sebulan?

Kalau yang bersuami mungkin tidak bermasalah sangat sekiranya gaji suami dapat menampung keperluan keluarga.

Tetapi bagaimana dengan ibu tunggal atau suami mereka yang bergaji rendah?

Itu belum cakap lagi tentang perkara lain seperti tiada slip gaji, tiada kemudahan perubatan dan lain-lain lagi.

Bukankah cikgu PASTI juga adalah muslimat PAS yang selama ini menjadi tulang belakang kepada program parti?

Mengapa nasib mereka diabaikan?

Dari semakan penulis, ternyata kebajikan cikgu PASTI diabaikan tetapi dalam masa yang sama keringat mereka diperah hingga kering!!!

 

Beri Caruman KWSP Kepada Cikgu PASTI Sebelum Sibuk Pasal Pencen Penjawat Awam

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker