Fakta Paling Asas Mengapa Keadilan Perbicaraan Kes SRC Di Persoalkan

Fakta Paling Asas Mengapa Keadilan Perbicaraan Kes SRC Di Persoalkan

Fakta Paling Asas Mengapa Keadilan Perbicaraan Kes SRC Di Persoalkan

Ketika Pakatan Harapan menang PRU14, jawatan Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar Malaya ada penyandang.

Tetapi Dr Mahathir dan Daim paksa secara tidak sah bagi Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan sedia ada untuk letak jawatan.

Ketika itu, Ramkarpal Singh pernah kecam perkara ini.



“Daim should not have interfered in issue of top judges,” selar beliau.

Hakim Besar Malaya yang bertanggungjawab untuk menukar dan melantik hakim mahkamah tinggi bagi mana-mana kes juga tidak tidak kosong juga ada penyadangnya.

Tiba-tiba pula jawatan Hakim Besar Malaya dikosongkan secara paksa.

Dengan melantik penyadangnya untuk mengisi jawatan Presiden Mahkamah Rayuan.



Zaharah Ibrahim yang akan bersara dalam masa terdekat pula dilantik untuk mengisi jawatan Hakim Besar Malaya pada 11 Julai 2018.

Tugas utama Zaharah ialah untuk ganti hakim sedia ada bagi kes SRC RM42 juta DS Najib.

Beliau meletakkan hakim setahun jagung dari mahkamah sivil.

Dan dia langsung tidak pernah ada sebarang pengalaman kes jenayah untuk menjadi hakim bagi kes paling berprofil tinggi negara.



Zaharah pula bersara selepas 10 bulan dilantik sebagai Hakim Besar Malaya.

Badan Kehakiman Di Caturkan Pemimpin Politik?

Masa Hakim Nazlan dilantik untuk ganti hakim sedia ada, peguam DS Najib menulis surat kepada Zaharah untuk membantah pelantikan tersebut.

Walaupun berkata tidak mempersoalkan kemampuan Nazlan, Shafee berkata anak guamnya mempersoalkan kenapa hakim terdahulu Sophian Abdul Razak dipindahkan.

“Tiada permintaan dibuat untuk penukaran oleh mana-mana pihak, sama ada pendakwaan atau pembelaan”.



“Bagaimanapun Hakim Sophian ditukar tanpa permohonan pertukaran dibuat.?”.

“Ini menimbulkan persoalan terhadap pentadbiran keadilan kerana badan kehakiman patut kekal bebas”.

“Ini kes yang amat sensitif dan melibatkan bekas perdana menteri, mungkin hampir dengan kes Anwar Ibrahim,” kata peguam DS Najib.

Selepas Najib dipenjarakan, Pasukan Petugas Khas keluarkan laporan bahawa ianya benar bahawa kerajaan Dr Mahathir dan Tommy Thomas telah langgar Akta Pelantikan Kehakiman 2009 (JAC 2009).



Mereka telah campur tangan dalam lantikan hakim-hakim tertinggi ketika itu.

STF mendapati apa yang dinyatakan Tommy dalam bukunya adalah benar dah telah disahkan oleh Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC).

Intipati nama-nama orang yang dilantik ke jawatan kehakiman tertinggi pada Julai 2018 iaitu Richard Malanjum sebagai Ketua Hakim Negara.

Ahmad Maarop sebagai Presiden kepada Mahkamah Rayuan.



Zaharah Ibrahim sebagai Ketua Hakim Malaya.

Wong Dak Wah sebagai Ketua Hakim Sabah dan Sarawak adalah nama yang dipersetujui secara tertutup antara Perdana Menteri dan Tommy Thomas seperti yang dinyatakan di muka surat 338.

Nama-nama ini berbeza daripada nama-nama yang dipilih oleh JAC pada mesyuaratnya yang diadakan pada 24 Mei 2018.

Dan ianya disampaikan kepada perdana menteri oleh Ketua Hakim Negara pada 13 Jun 2018.

Mereka adalah Tan Sri Datuk Seri Azahar Mohammed sebagai Ketua Hakim Negara.

Rohana Yusuf sebagai Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Rahman Sebli sebagai Ketua Hakim Sabah dan Sarawak.

Siasatan SPRM Mengesahkannya

Lagi teruk lagi ialah laporan SPRM kepada Ketua Hakim Negara yang dihantar pada awal tahun 2023.

Siasatan SPRM mendapati 3 hakim lain telah diminta oleh individu tidak dinamakan untuk mengambil alih kes DS Najib dari Hakim Sofian.

Tetapi ketiga-tiga menolak sebelum Nazlan bersetuju.

Ini adalah bertentangan dengan prinsip lantikan hakim.

Bagi mana-mana kes yang sepatutnya dipilih secara rawak dan secara automatik oleh sistem komputer.

Pengkritik DS Najib tidak pernah sentuh perkara ini.

Mereka membutakan mata dan memekakkan telinga sehingga ramai tidak sedar perkara yang sangat mengarut seperti ini berlaku pada kes DS Najib.

Lebih malang lagi apabila di kalangan yang memperjuangkan keadilan untuk DS Najib juga tidak tahu mengenai perkara ini.

Ini bukan tuduhan liar.

Tetapi fakta yang telah disokong melalui lapuran Pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan kerajaan dan juga melalui siasatan SPRM.

Isu ini mesti disebarkan dan dijelaskan kepada rakyat supaya rakyat sedar bagaimana perancangan kezaliman ke atas DS Najib bermula.

 

Kredit:

Lim Sian See

Fakta Paling Asas Mengapa Keadilan Perbicaraan Kes SRC Di Persoalkan

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading