Adakah Ramkarpal Singh Sebenarnya Takut Sahut Cabaran Debat Dengan Wakil DS Najib?

Adakah Ramkarpal Singh Sebenarnya Takut Sahut Cabaran Debat Dengan Wakil DS Najib

Adakah Ramkarpal Singh Sebenarnya Takut Sahut Cabaran Debat Dengan Wakil DS Najib?

Ahli parlimen Gelugor yang juga mantan Timbalan Menteri Undang Undang, Ramkarpal Singh, dilihat cuba mencipta alasan untuk mengelak berdebat secara berhadapan dengan wakil DS Najib.

Cabaran terbuka itu dibuat oleh admin akaun rasmi DS Najib dalam sosial media Facebook.

“Tiada guna berurusan dengan Najib dalam isu berkenaan”.



“Yang menjadi asas adalah majoriti pertimbangan dalam permohonan diguna pakai, selain Lembaga Pengampunan juga mengekalkan sabitannya”.

“Sebarang perdebatan, tidak akan mengubah fakta bahawa Najib kekal sebagai banduan dan sabitannya adalah selamat”.

“Jelas sekali Najib ingin menggunakan saya untuk kekal relevan dengan mencabar saya dalam perbahasan ini”.

“Saya tidak akan membiarkan diri saya dipergunakan dengan aksi publisiti murahan”.



“Kasihan melihat Najib dalam keadaan terdesak”.

“Mungkin lebih baik dia memanfaatkan masa di penjara dengan bermuhasabah diri dan bertaubat,” katanya.

Penulis setuju dengan alasan yang diberikan Ramkarpal Singh yang mengatakan, yang menjadi asas adalah majoriti pertimbangan dalam permohonan diguna pakai.

Tetapi bolehkah Ramkarpal Singh jawab dengan jujur, adakah majoriti pertimbangan yang beliau katakan itu benar-benar mendaulatkan keadilan?



Juga benar, dengan pengurangan hukuman oleh Lembaga Pengampunan, ianya seolah-olah mengesahkan sabitan kesalahan ke atas DS Najib.

Tetapi apakah pilihan yang DS Najib ada sekarang ini selepas semua proses keadilan melalui perundangan telah ditutup secara tergesa-gesa?

Penulis meminta Ramkarpal Singh memberikan penilian yang jujur sebagai seorang peguam dan mantan Timb Menteri Undang Undang.

Apakah sejak hari pendaftaran kes, pemilihan hakim dan sepanjang perbicaraan, ianya benar-benar mengikuti kehendak perlembagaan?



Dan adakah sepanjang proses yang dinyatakan itu benar-benar telah memberi keadilan kepada DS Najib?

Isunya bukan sama ada DS Najib bersalah atau tidak.

Tetapi isu utamanya adalah adakah sepanjang proses perbicaraan, undang-undang dan keadilan sudah didaulatkan?

Kalau jawapan Ramkarpal Singh adalah ya, maka seharusnya beliau mengupas penghakiman yang dibuat oleh Hakim Ramhan Sebli.



Sebab beliau bukan kerani di mahkamah, tetapi Hakim Besar Borneo!!!

Adakah Ramkarpal Singh Sebenarnya Takut Sahut Cabaran Debat Dengan Wakil DS Najib?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading