Polis Siasat Tony Pua Kerana Menyindir Kuasa Agong

Polis Siasat Tony Pua Kerana Menyindir Kuasa Agong

Polis Siasat Tony Pua Kerana Menyindir Kuasa Agong

Pihak polis kini sedang menyiasat Tony Pua di bawah Akta Hasutan kerana didakwa menyindir atau memperlekehkan kuasa pengampunan YDP Agong.

Ketua Polis Negara, Razarudin Husain berkata kenyataan Pua bersifat menghasut.

Ia kerana mengkritik kuasa YDP Agong untuk memberi pengampunan serta turut mengajak orang ramai membenci institusi diraja.



“Polis mengesahkan telah menerima laporan berhubung kenyataan Tony Pua menghina institusi diraja yang telah dimuat naik di Facebook”.

“Kenyataan seperti itu bersifat menghasut orang ramai agar membenci dan menghina institusi diraja”.

“Ia berkenaan kuasa mutlak YDP Agong dalam menjalankan bidang kuasanya di bawah Artikel 42 Perlembagaan Persekutuan”.

“Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman”.



“Ianya adalah di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998”.

“Antara yang disiasat adalah siri hantaran Facebook yang dibuat Pua yang mengkritik keputusan pengurangan hukuman DS Najib,” jelas Razaruddin.

Razaruddin mengesahkan, polis akan memanggil Pua ke Bukit Aman untuk dirakam keterangan pada hari ini (5 Februari 2024).

Berikut adalah hantaran yang menjadi asas kepada siasatan polis terhadap Tony Pua:



Trust me. It’s not a scam

Oh wow. After all these years, Najib/UMNO cybertroopers still love me…

I beg your pardon?

Can someone send me to jail for 1 year and in exchange, pay me RM50mil? Pretty please?



King Klep pardoned!!

Kerana pulut badan binasa, kerana mulut longkang, badan merana.

Serve you right Tony Pua!!!

 



Polis Siasat Tony Pua Kerana Menyindir Kuasa Agong

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button