Rafidah Atau UMNO Yang Sudah Melencong

Rafidah Atau UMNO Yang Sudah Melencong

Rafidah Atau UMNO Yang Sudah Melencong

Dalam sesi bual bicara,podcast Keluar Sekejap bersama KJ & Shahril minggu lepas, Rafidah kata UMNO sekarang sudah melencong, tak nak masuk parit sama.

Rafidah juga mendakwa, beliau bukan dipecat dari UMNO, tetapi beliau sendiri keluar dari UMNO.

Betulkah apa yang Rafidah katakan?



Internet tidak pernah menipu!!!

Dr Mahathir keluar dari UMNO pada 29 Feb 2016, antara kesilapan yang dilakukan oleh DS Najib adalah menerima kembali Dr Mahathir masuk ke dalam UMNO.

Pada 4 Mei 2018 Rafidah, Daim dan Rais Yatim dipecat dari UMNO kerana menghentam parti sendiri dan menyokong parti lawan .

Sama macam kes KJ.



Muhyiddin pula dipecat dari UMNO pada 24 Jun 2016 atas kesalahan melanggar disiplin parti kerana membuat konspirasi untuk menjatuhkan DS Najib.

Kesemua mereka sama ada dipecat atau keluar dari UMNO di era DS Najib menjadi Presiden UMNO.

Dalam artikata lain, mereka marah kepada DS Najib dengan alasan masing-masing.

Tetapi menggunakan alasan UMNO yang diterajui oleh DS Najib telah melencong dari perjuangan asal.



Sudah menjadi rahsia umum, kesemua yang dibela dan dibelai oleh Dr Mahathir hidup dalam kemewahan di era 22 tahun Dr Mahathir menjadi perdana menteri ke 4.

Jadi, ada satu soalan KBAT untuk Rafidah.

Kenapa marah kepada DS Najib ketika beliau menjadi presiden UMNO dan perdana menteri?

Adakah kerana:



a) Kerana DS Najib hentikan semua kontrak yang telah diberikan kepada kroni

b) DS Najib tidak mengendahkan arahan Dr Mahathir supaya terus mengkayakan kroni beliau

c) Kedua-duanya sekali

 UMNO Melencong Atau Projek Kroni Kena Pancung?

Siapa yang mengaut wang rakyat terlebih dulu kalau bukan Dr Mahathir dan kroni beliau?



Realitinya, di zaman Dr Mahathir menjadi presiden UMNO dan perdana menteri selama 22 tahun adalah era UMNO melencong.

Siapa yang sokong dan dibelai serta dibela oleh Dr Mahathir, mendapat ganjaran yang sangat mewah.

Tidak kiralah sama ada orang politik, penjawat awam mahu pun ahli korperat.

Tapi, bila DS Najib jadi perdana menteri pada 2008, Dr Mahathir dapati DS Najib tidak mahu ikut/dengar arahan beliau.



Lebih memarahkan Dr Mahathir, DS Najib tidak beri projek kepada makhluk belaan beliau.

Maka dicipta alasan untuk menjatuhkan DS Najib dengan tuduhan kononnya DS Najib dan UMNO sudah lari dari perjuangan asal untuk membela agama, bangsa dan tanah air.

Realitinya, semua yang DS Najib buat adalah untuk rakyat.

Projek diberikan kepada GLC yang menggunakan wang rakyat dan keuntungan serta munafaat projek dinikmati kembali oleh rakyat.

Kerana prinsip DS Najib ialah kroni beliau adalah rakyat.

Berbeza dengan Dr Mahathir, berbangga dengan projek mega tetapi keuntungan mega yang diperolehi masuk ke poket kroni belaan.

Jadi jelas sekali, yang menyebabkan UMNO kononnya masuk parit adalah berpunca dari Dr Mahathir dan makhluk belaan beliau, termasuk Rafidah.

Nasihat penulis kepada Rafidah, buatlah solat hajat dan berdoalah panjang-panjang, muga fail AP tidak dibuka oleh SPRM!!!

 

Rafidah Atau UMNO Yang Sudah Melencong

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading