Isteri ‘Larikan’ Taib Mahmud Dari Hospital

Isteri ‘Larikan’ Taib Mahmud Dari Hospital

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Mancha Ata, mengesahkan pihak polis telah menerima laporan mengenai isu mantan TYT Sarawak, Taib Mahmud, dilarikan dari hospital.

Menurut beliau, kes kini sedang disiasat di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan.

Isteri 'Larikan' Taib Mahmud Dari Hospital

Taib Mahmud ketika itu dikatakan sedang menerima rawatan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU), di Normah Medical Specialist Centre, Kuching, Sarawak.

Isteri 'Larikan' Taib Mahmud Dari Hospital (1)

Dr Mohd Nazrin Jefri yang mewakili pihak hospital telah membuat laporan polis mengenai kejadian Taib Mahmud ‘dilarikan’ oleh seorang perempuan yang dipercayai isteri beliau (Ragad).



Menurut laporan polis yang dibuat, Ragad, isteri Taib Mahmud telah membawa keluar Taib Mahmud.

Ragad juga dikatakan tidak mengendahkan nasihat kakitangan hospital bahawa tindakan tersebut akan membahayakan nyawa pesakit (Taib Mahmud).

Ragad juga telah menghentikan semua rawatan dan perubatan yang sedang diberikan kepada pesakit.

Dr Mohd Nazri cuba menerangkan semula risiko yang boleh berlaku akibat dari tindakan tersebut.



Pihak hospital juga telah menunjukkan surat dari Tetuan Alvin Chong & Partners.

Arahan supaya memaklumkan kepada mereka sekiranya Taib Mahmud dibawa keluar dari hospital.

Pengarah hospital juga telah mengarahkan supaya Taib Mahmud ditahan di hospital untuk mendapatkan rawatan.

Dan sekiranya ahli keluarga beliau mahu mengeluarkannya, mereka mesti menandatangani surat persetujuan menanggung risiko.

Pihak Keluarga Taib Mahmud Membuat Laporan Polis

Isteri 'Larikan' Taib Mahmud Dari Hospital (3)

 

Isteri 'Larikan' Taib Mahmud Dari Hospital (4)

 

Setelah dimaklumkan mengenai perkara tersebut, adik Taib Mahmud, Mohammad Tufail Mahmud telah membuat laporan polis yang berasingan.

Beliau mengadu, abang beliau yang sedang sakit telah ‘dilarikan’ Ragad secara paksa tanpa memaklumkan pihak keluarga.

Tindakan juga akan diambil ke atas Ragad, sekiranya berlaku sesuatu ke atas beliau akibat tindakan yang dilakukan.

Apa motif Ragad ‘melarikan’ Taib Mahmud dari hospital tidak dapat dipastikan.

Polis menasihati semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi kerana ianya akan mengganggu siasata yang sedang dijalankan.

Isteri ‘Larikan’ Taib Mahmud Dari Hospital

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker