Suami maut, Isteri parah kemalangan jalan raya

 

Oleh Pena Merah

Suami maut, Isteri parah kemalangan jalan raya
Seorang lelaki maut manakala isterinya parah selepas motosikal dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan kereta di Jalan Gomak, Taman Sutera, Semporna pagi semalam.

Seorang lelaki maut manakala isterinya parah selepas motosikal dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan kereta di Jalan Gomak, Taman Sutera pagi semalam.

Mangsa, Amir Afzal warga Pakistan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).



Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna Madzlan Sarman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 10.53 pagi.

Katanya, seramai lima anggota dan pegawai bersama dua jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat mangsa.

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati kemalangan berkenaan membabitkan sebuah motosikal bertembung dengan kereta di laluan bertentangan.

“Mangsa menunggang motosikal terbabit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala isterinya berusia 53 tahun pula cedera parah,” katanya dalam kenyataan media hari ini.



Menurutnya, mayat penunggang motosikal terbabit diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya.

“Isterinya mangsa diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS, sebelum dibawa ke Hospital Semporna menggunakan ambulan, manakala pemandu kereta terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Pasukan bomba kemudian menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan kawasan kemalangan selamat, sebelum operasi ditamatkan pada pukul 11.12 pagi,” katanya.

-Kosmo Online-




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading