Laluan Tapah ke Gopeng terhalang akibat kemalangan

 

Oleh Pena Merah

Laluan Tapah ke Gopeng terhalang akibat kemalangan
Lebuh Raya Utara Selatan arah utara dari Tapah ke Gopeng terhalang akibat kemalangan yang membabitkan dua buah treler di Kilometer 319.6 arah utara awal pagi tadi.

Kemalangan membabitkan sebuah treler dan lori tangki di Kilometer 319.6 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara dari Tapah ke Gopeng awal pagi tadi menyebabkan laluan ke arah berkenaan terhalang, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Mohd Naim Asnawi berkata, kemalangan membabitkan sebuah treler dan lori tangki menyebabkan laluan dari Tapah ke Gopeng terhalang.

Katanya, pengguna lebuh raya yang menghala ke utara dinasihatkan keluar dan menggubah laluan dengan menggunakan Plaza Tol Tapah menuju ke Jalan Persekutuan Ipoh-Kuala Lumpur.



“Pengguna lebuh raya yang keluar ke jalan persekutuan perlu melalui Kampar sebelum masuk semula ke lebuh raya dengan menggunakan Plaza Tol Gopeng.

“Manakala kenderaan di lebuh raya menuju ke arah selatan tidak terhalang dan pergerakan kenderaan seperti biasa,”katanya dalam satu kenyataan pagi ini.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihak bomba menerima maklumat berhubung kemalangan berkenaan kira-kira jam 6.41 pagi tadi.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah telah dikejarkan ke tempat kejadian.



“Tiba di tempat kejadian mendapati terdapat sebuah treler membawa muatan amonium nitrate dan treler membawa muatan skru terbabit dalam kemalangan.

“Kedua-dua pemandu treler berkenaan hanya mengalami kecederaan ringan dan mangsa diberi rawatan Oleh anggota EMRS,” katanya.

Sabarodzi berkata, pasukan HAZMAT dari BBP Pasir Putih dalam perjalanan untuk memberikan bantuan.

-Berita Harian-




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading