Nga Kor Ming Buat Perangai Lagi

Nga Kor Ming Buat Perangai Lagi

Nga Kor Ming Buat Perangai Lagi

Antara segelintir pemimpin DAP yang sering menimbulkan kontroversi sama ada dari kenyataan atau perbuatan adalah Nga Kor Ming.

Penulis masih ingat lagi bagaimana Nga Kor Ming menyifatkan kerjasama antara UMNO dan PAS akan menjadikan negara ini ibarat diperintah oleh Taliban.

Kontroversi terbaru dari Nga Kor Ming ialah apabila beliau mencadangkan supaya semua kampung baru Cina di Selangor dicalonkan sebagai tapak warisan UNESCO.

Bertopengkan alasan untuk menggiatkan industri pelancungan, apa yang dicadangkan Nga Kor Ming sebenarnya adalah sesuatu yang tidak masuk akal.



Keujudan kampung baru Cina di Selangor hanyalah sekitar 1948.

Ini bermakna kewujudan perkampungan tersebut belum lagi mencecah usia sedekad, sebagaimana yang disyaratkan UNESCO.

Banyak lagi perkampungan serta tapak bersejarah di Malaysia yang sudah mencecah usia beratus tahun.

Kenapa kampung baru Cina di Selangor yang menjadi perhatian Nga Kor Ming?



Adakah beliau beranggapan perkampungan tradisi Cina yang lain yang sudah wujud sejak kedatangan Puteri Hang Li Po dari China tidak layak?

Apakah kriteria yang beliau gunakan ketika membuat cadangan tersebut?

Atau mungkinkah beliau mempunyai muslihat politik yang disembunyikan di sebalik cadangan tersebut?

Belum reda isu tersebut, kini sekali lagi Nga Kor Ming menimbulkan kontroversi yang baru.

Kenderaan rasmi yang dinaiki beliau telah didapati mengekori rapat sebuah ambulan yang berada dalam mod kecemasan.

Nawaitunya, tidak perlu lagi kita berteka-teki.

Penjelasan Yang Tidak Munasabah

Dalam hantaran beliau di Facebook, Nga Kor Ming tidak menafikan kejadian tersebut.

Menurut penerangan beliau, ketika itu beliau dalam perjalanan ke Ipoh.

Paling menarik bagi penulis, pada awalnya Nga Kor Ming memberitahu ambulan tersebut berada di belakang kenderaan rasmi beliau.

Namun beliau memberikan laluan kepada ambulan tersebut sebelum mengekori rapat.

Adakah Nga Kor Ming cuba menjadikan ambulan tersebut sebagai kenderaan pengiring?

Beliau juga memberikan alasan kononnya kerana keadaan jalanraya yang sesak, telah menyebabkan pemandu beliau terpaksa mengekori ambulan tersebut.

Persoalannya, mengapa pemandu kenderaan lain boleh bersabar?

Penulis tidak menafikan, Nga Kor Ming lebih dari mampu untuk membayar saman.

Tetapi yang menjadi isu bukanlah saman yang mesti dibayar, tetapi sikap pemimpin yang bergelar menteri ketika berada di khalayak ramai.

Janganlah bersikap, aku menteri, aku boleh lakukan apa yang orang lain tidak boleh lakukan.

Era menteri beraja di mata, bersultan di hati sudah berlalu.

 

Nga Kor Ming Buat Perangai Lagi

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker