Tun Taib Mahmud terima rawatan di KL

Oleh – Syeikh Baran


Tun Taib Mahmud terima rawatan di KL
Abdul Taib

Bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud kini berada di ibu negara dan sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta, di sini.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak benar sehingga boleh menimbulkan pelbagai spekulasi.
 

Tegas beliau, kertas siasatan berhubung kes dakwaan Abdul Taib dilarikan dari hospital telah dihantar ke Pejabat Pendakwaan Negeri Sarawak.



“Kes bukan disiasat atas insiden dilarikan tetapi menjurus kepada perbuatan yang mungkin boleh membahayakan kesihatan beliau.

“Tiada istilah dilarikan kerana yang membawa keluar dan balik ke rumah adalah isteri bekas TYT (Tuan Yang Terutama) berkenaan,” katanya.

Isnin lalu, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata mengesahkan menerima laporan kes membawa keluar Abdul Taib dari sebuah hospital swasta di Kuching, Sarawak.

Baru-baru ini, tular satu laporan polis yang mendakwa Taib Mahmud dibawa keluar dari sebuah hospital swasta di Kuching. 



Sumber – KOSMO! ONLINE.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button