Larikan barang kemas RM1.4 juta, tiga diberkas di Shah Alam

Larikan barang kemas RM1.4 juta, tiga diberkas di Shah Alam

Larikan barang kemas RM1.4 juta, tiga diberkas di Shah Alam
Polis memberkas tiga penjenayah yang melakukan samun bersenjata berhampiran sebuah kedai emas di Kuala Kangsar, semalam. – Foto tular

KUALA KANGSAR: Polis memberkas tiga lelaki yang dipercayai terbabit berhubung kes samun bersenjata membabitkan barang kemas bernilai kira-kira RM1.4 juta yang dilarikan berhampiran sebuah kedai emas di pusat bandar di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob, berkata ketiga-tiga lelaki warga tempatan itu ditangkap di Shah Alam, Selangor.

Katanya, semua suspek ditahan kira-kira 2.10 petang, iaitu selepas hampir tiga jam kejadian samun itu dilaporkan.



“Bagaimanapun, buat masa ini, barang kemas belum ditemui,” katanya dihubungi hari ini.

Katanya, ketiga-tiga suspek berusia antara 20 hingga 50 tahun itu dikenakan perintah reman selama tujuh hari di Mahkamah Majistret di sini, hari ini hingga 13 November.

Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk bagi mengesan barang kemas yang dilarikan itu.

Semalam, media melaporkan polis sedang mengesan sekumpulan lelaki yang melakukan samun bersenjata ke atas dua lelaki berhampiran sebuah kedai emas di pusat bandar, di sini, dengan melarikan sejumlah barang kemas dianggarkan bernilai RM1.4 juta.



Larikan barang kemas RM1.4 juta, tiga diberkas di Shah Alam


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Penyokong palsu Najib Gagal lagi

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading