Mungkinkah Mas Ermieyati Sembunyikan Sesuatu Dalam Laporan PAC Mengenai Perolehan Covid 19?

Mungkinkah Mas Ermieyati Sembunyikan Sesuatu Dalam Laporan PAC Mengenai Perolehan Covid 19

Mungkinkah Mas Ermieyati Sembunyikan Sesuatu Dalam Laporan PAC Mengenai Perolehan Covid 19?

Pada 30 Oktober, Pengerusi PAC, Mas Ermieyati (PPBM) membentangkan laporan mengenai pengurusan perolehan Covid 19.

Antara yang dibentangkan adalah mengenai Ventilator yang tidak boleh digunakan, vaksin tamat tempoh dan lebihan pembelian PPE.

Secara jelas beliau menyelamatkan Khairy (KJ) untuk pembelian ventilator dan meletakkan kesalahan kepada Adham Baba.



Beliau adalah katak politik paling awal melompat dari UMNO ke PPBM kerana takut didakwa menerima wang 1MDB juga menyembunyikan beberapa nama pegawai tertinggi kementerian.

Nama seperti KSU, Dr Chen Chew Min dan SUB Perolehan, Wan Hashim Wan Rahim bukan asing di kalangan ahli perniagaan Cina dalam menentukan senarai pendek pembekal dan perolehan.

Jika tidak kerana pendedahan oleh portal The Corperate Secret, mereka akan kekal tersembunyi dari mata umum.

Dalang Utama

Mungkinkah Mas Ermieyati Sembunyikan Sesuatu Dalam Laporan PAC Mengenai Perolehan Covid 19?



Portal itu turut mendedahkan peranan 2 bekas perdana menteri, Muhyiddin dan Ismail Sabri dalam perolehan tersebut.

Ia juga mengaitkan Ismail Sabri dengan kejatuhan saham Pharmaniaga sebanyak 50% dalam siaran bertarikh 1 Mac 2023.

Sebagai bekas menteri dalam kerajaan PN sebelum ini, Mas Ermieyati memanipulasikan PAC untuk menyembunyikan skandal tersebut.

Tindakan beliau itu adalah satu kesalahan yang serius kerana ianya boleh menggagalkan usaha KKM untuk membongkar ketirisan yang berlaku.



Punca masalah sebenar bermula apabila Muhyiddin (perdana menteri ketika itu) mendakwa membelanjakan sejumlah besar perbelanjaan yang tidak dibelanjakan untuk usaha Covid 19.

Beliau menggunakan undang-undang darurat untuk menutup penyelewengan tersebut.

Proses pemerolehan dibuat secara kabur.

Rundingan terus dilakukan untuk menyelewng wang bagi kepentingan PPBM dengan menambah nilai sebut harga kontraktor dan pembekal.



Pemain utama yang bersekongkol dengan Muhyiddin ialah Ismail Sabri sebagai menteri kanan Pertahanan, Adham sebagai menteri KKM, dan Khairy sebagai menteri MOSTI.

Mereka bertanggungjawab untuk meluluskan dan menjelaskan bayaran kepada pembekal dan penyedia perkhidmatan.

Pemain Utama Dalam Kementerian Kesihatan Malaysia

Mungkinkah Mas Ermieyati Sembunyikan Sesuatu Dalam Laporan PAC Mengenai Perolehan Covid 19?

Adham adalah seorang ahli politik yang tidak ada pengalaman sebagai seorang menteri.



Beliau bergantung kepada Dr Chen, Wan Hashim dan Dr Noor Hisham sebagai pihak yang menentukan spesifikasi bagi pelbagai rundingan terus, tender terbuka dan terhad.

Mungkinkah Mas Ermieyati Sembunyikan Sesuatu Dalam Laporan PAC Mengenai Perolehan Covid 19?

The Corperate Secret mendedahkan bahawa Dr Chen dan Wan Hashim yang menentukan pembelian ventilator, PPE dan vaksin.

Mungkinkah Mas Ermieyati Sembunyikan Sesuatu Dalam Laporan PAC Mengenai Perolehan Covid 19?



Baucar nombor 1200345 bertarikh 25 Mac 2020 untuk RM30 juta pendahuluan kepada Pharmaniaga Logistic untuk ventilator telah ditandatangani oleh mereka.

Wong ialah pegawai kepada Wee Ka Siong yang menjadi perantara kepada pembekal China.

Persoalannya, adakah PAC atau pihak berkuasa menyiasat Dr Chen?

Dr Chen kemudiannya digantikan oleh Datuk Shafiq Abdullah.

Individu yang menangani penyalahgunaan yang berleluasa dalam perolehan di KKM semasa zaman darurat Muhyiddin.

Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai KP Jabatan Perkhidmatan Awam, dan dikhabarkan bakal dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara.

Susulan insiden dengan pegawai Imigresen di KLIA, Shafiq dipecat.

Namun khabar angin yang dibisikkan adalah beliau menjadi penghalang utama kartel Mafia PTD.

Pakatan Ismail Sabri Dan KJ Dalam Pembelian Vaksin Sinovac

Mungkinkah Mas Ermieyati Sembunyikan Sesuatu Dalam Laporan PAC Mengenai Perolehan Covid 19?

Kerajaan membelanjakan RM5 bilion untuk vaksin itu di mana dua pembelian terbesar ialah dari Pfizer dan Sinovac.

Sudah menjadi rahsia umum, Pfizer dikawal oleh Muhyiddin dan Adham Baba, manakala Ismail Sabri dan KJ mengawal Sinovac.

Peranan penyelaras bagi program vaksin telah diberikan kepada Khairy oleh Muhyiddin ke atas Adham Baba.

Peranan KJ adalah sebagai broker kepada pembekal vaksin.

Maklumat dalaman KKM boleh mengenal pasti proksi beliau sebagai ejen untuk syarikat tersebut.

Mereka mengawal pembelian vaksin COVAC, Sinovac, Astrazeneca dan Cansino.

Dengan Ismail sebagai Menteri Kanan Pertahanan, beliau bekerjasama untuk menggunakan syarikat pembekal perubatan KKM yang dikawal LTAT, Pharmaniaga untuk pembelian Sinovac.

The Corperate Secret mendedahkan apabila vaksin Sinovac tiba di KLIA pada penghujung Februari 2021, vaksin tersebut belum mendapat kelulusan daripada NPRA.

Bekalan itu diterima di KLIA oleh Ismail dan KJ.

Mungkinkah Mas Ermieyati Sembunyikan Sesuatu Dalam Laporan PAC Mengenai Perolehan Covid 19

Untuk menunjukkan vaksin tersebut selamat, KJ menunjukkan komitmennya dan menjadi orang pertama yang mengambil vaksin tersebut.

Untuk kepentingan Pharmaniaga dan mungkin ada campurtangan politik, NPRA segera meluluskannya.

Namun semasa peringkat penggalak, KKM berhenti menggunakan Sinovac.

Pharmaniaga mendapat keuntungan luar biasa tetapi menjadi lebih tamak.

Pada Mei 2021, Ismail mengumumkan perjanjian dengan Sinovac China untuk membekalkan 12 juta vaksin.

Apabila Ismail menjadi perdana menteri, beliau mengarahkan KJ untuk membeli lebih banyak vaksin.

Vaksin sudah mencukupi tetapi KJ mendakwa Ismail berkeras.

Mengapa Mas Ermisyati tidak memanggil Ismail Sabri dalam siasatan PAC kerana menyebabkan Pharmaniaga kerugian RM600 juta.

Dari sebuah syarikat yang menguntungkan menjadi syarikat bertaraf PN17?

Dan mengapa PAC memesongkan penyiasatan dengan mengenepikan isu untuk mengurangkan prosedur perolehan?

Mungkinkah Mas Ermieyati Sembunyikan Sesuatu Dalam Laporan PAC Mengenai Perolehan Covid 19?

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button