Zahid Beri Bayangan Sudah Sampai Masanya Najib Kembali

Zahid Beri Bayangan Sudah Sampai Masanya Najib Kembali

Zahid Beri Bayangan Sudah Sampai Masanya Najib Kembali

Ramai yang terkejut apabila Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, DS Zahid, membuat kenyataan beliau kini berada di penghujung karier politik.

“Saya menjadi Ahli Parlimen dari 1995 dan pada hemat saya ia satu perkhidmatan yang sungguh panjang”.

“Saya sedang berada di penghujung perkhidmatan sebagai ahli parlimen”.



“Tetapi sebelum saya menamatkan itu, saya mahu Bagan Datuk membangun”.

“Maju dan berada nombor satu dalam pendidikan di Perak dan mempunyai infrastruktur yang baik”.

“Kita juga mahu kemiskinan dalam kalangan masyarakat India, Cina dan Melayu mesti dibanteras,” jelas DS Zahid.

Dalam masa yang sama, DS Zahid sempat berjenaka apabila wartawan bertanya bilakah beliau akan berundur dari dunia politik.



“Mungkin Pilihan Raya Umum (PRU) 16, 17, 18, jadi kita tunggulah yang sesuai,” jawab beliau sambil tersenyum.

Bukan membuat sebarang spekulasi, tetapi pada pandangan penulis, kenyataan DS Zahid memberikan bayangan sudah tiba masanya DS Najib kembali menerajui UMNO.

Untuk tujuan itu, amatlah wajar supaya kerajaan menimbangkan pembebasan DS Najib supaya perbicaraan semula ke atas semua pendakwaan mengarut dapat dilakukan.

Sebagaimana yang kita semua maklum, DS Najib tidak mahu beliau dibebaskan begitu sahaja.



Tetapi beliau mahu supaya perbicaraan semula dengan barisan hakim yang adil dan perbicaraan yang lebih telus diadakan.

Jelas kepada penulis, ‘sesuatu’ sedang dilakukan sebagai usaha ke arah itu.

Oleh itu penulis berharap, penyokong setia DS Najib agar bertenang dan tidak bertindak mengikut emosi.

Dalam keadaan ekonomi negara yang semakin merudum, mahu atau tidak, kehadiran DS Najib bersama barisan pentadbiran kerajaan, sangat-sangat diperlukan.



Mungkin ini antara sebab mengapa sehingga sekarang rombakan kabinet masih belum dilakukan.

Untuk DS Zahid, atas jasa dan bakti yang telah beliau berikan selama ini, amatlah wajar dipertimbangkan jawatan Yang Di Pertua Negeri.

Mungkin negeri Melaka adalah antara negeri yang sesuai untuk beliau kerana Perak mempunyai raja yang sah.

Zahid Beri Bayangan Sudah Sampai Masanya Najib Kembali

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button