‘Teori Domino’ Syed Imran

'Teori Domino' Syed Imran

‘Teori Domino’ Syed Imran

Syed Muhammad Imran memang sudah dikenali sebagai seorang yang sering ‘menjual’ nama DS Najib untuk cari makan.

Malah anak DS Najib, Nooryana Najwa, akui Syed Imran dan rakan sekutu seangkatan beliau, Papagomo adalah pembohong dan sering ‘menjual’ nama DS Najib untuk kepentingan mereka.

“Pagi tadi Yana terima mesej daripada daddy”.



“Daddy ingin tegaskan bahawa Syed Imran dan Papagomo tidak mewakili daddy mahupun penyokong-penyokong daddy”.

“Syed Imran juga tidak diarahkan oleh daddy untuk mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai pendirian daddy”.

“Daddy sudah berada dalam penjara hampir setahun”.

“Tidak adil bagi Syed Imran atau mana-mana individu lain untuk tunggang atau mempergunakan nama daddy”.



“Telah banyak ujian dan cabaran yang telah daddy lalui”. 

“Daddy tahu menilai yang mana satu kawan yang mana satu lawan,” jelas Nooryana Najwa.

Pembohongan Syed Imran Gagal Lagi

Setelah segala pembohongan Syed Imran terdedah, beliau cuba sekali lagi ‘menjual’ nama DS Najib, mungkin atas arahan ‘majikan’ beliau.

Kita semua tahu 4 hari lepas DS Najib dijangkiti virus Covid-19 dan beliau kini sedang dirawat di hospital.



Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pegawai khas DS Najib, Muhamad Mukhlis Maghribi, keadaan DS Najib stabil dan sedang menjalani kuarantin di Hospital Kuala Lumpur.

Semalam keluar satu lagi kenyataan dari pegawai khas DS Najib yang memaklumkan DS Najib sudah dibenar keluar dari hospital.

Semasa DS Najib disahkan dijangkiti virus Covid-19, dilaporkan Muhyiddin Yasin turut mendoakan agar kesihatan beliau pulih segera.

Sama ada ikhlas atau tidak doa tersebut, penulis serahkan kepada Allah SWT.



Tetapi hanya kerana insiden tersebut, secara tiba-tiba, Syed Imran mengeluarkan kenyataan bahawa kononnya DS Najib dan Muhyiddin kini sudah setuju untuk berkerjasama.

Sangat pelik dan sangat tidak benar.

Apakah DS Najib boleh berkerjasama dengan orang yang perancang untuk memenjarakan beliau?

Adakah mungkin DS Najib sanggup berkerjasama dengan manusia yang telah banyak menzalimi beliau?



Mungkin DS Najib boleh memaafkan Muhyiddin, tetapi tidak mungkin beliau dapat melupakan apa yang telah Muhyiddin lakukan begitu sahaja.

Cukup-cukuplah ‘menjual’ nama DS Najib untuk kepentingan peribadi.

Kalau pun tidak mahu bersimpati, cukuplah dengan berdiam diri.

 



‘Teori Domino’ Syed Imran

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button