Gebang PAS Dalam Isu Palestin

@iputra.net

♬ original sound – iPutra – iPutra

Gebang PAS Dalam Isu Palestin

Sepanjang menjadi Duta Khas Perdana Menteri Ke Negeri Timur Tengah, presiden PAS, Hadi Awang, tidak pernah sekali pun membuat kunjungan ke negara Arab.

Kenapa?



Kerana beliau dilarang untuk memasuki negara Arab.

Beliau telah disenarai hitam kerana sokongan beliau kepada puak Syiah Iran.

Sekiranya Hadi benar-benar seorang yang bertanggungjawab, sudah pasti beliau akan gunakan kesempatan dilantik sebagai duta khas untuk membersihkan nama beliau.

Hadi boleh sahaja menjelaskan keadaan yang sebenar (sekiranya benar beliau bukan pendokong Syiah) kepada duta-duta dari negara Arab yang berada di Malaysia.



Tetapi beliau tidak melakukannya, malah beliau memilih untuk membuka ‘pejabat kedutaan’ di Marang Terengganu.

Jangan Jadi Tong Kosong

Kini apabila berlaku peperangan antara Palestin dan Israel, Hadi dan konco-konconya cuba menunggang isu tersebut.

Macai Hadi, Tuan Ibrahim, dalam ucapannya yang ‘berapi-api’ berkata seandainya sempadan dibuka, sudah pasti PAS akan menghantar ‘mujahidin’ mereka untuk mengejar syahid di Palestin.

Agak-agaknya, melalui jalan mana PAS akan menghantar ‘mujahidin’ mereka untuk memerangi Israel?



Melalui udara, darat atau pun laut?

‘Facebooker’ AR Hilmy menjelaskan realiti sebenar mengenai perkara tersebut.

Sekali pun negara yang pro Israel boleh memberikan laluan kepada ‘mujahidin’ PAS, berapakah kekuatan dan apakah persediaan PAS untuk tujuan tersebut?

Adakah ‘mujahidin’ PAS adalah tentera terlatih serta dilengkapi dengan peralatan peperangan yang mencukupi?



Kalau setakat pergi ke Israel dengan membuta tuli dan membiarkan diri disembelih oleh tentera Zionis, itu bukan fisabilillah.

Salahuddin Al Ayubi mengambil masa berbelas tahun untuk membuat persiapan rapi sebelum membebaskan Baitul Maqdis dari tentera salib.

Apakah Tuan Ibrahim fikir, dengan menjual air liur sahaja, ‘mujahidin’ PAS boleh menewaskan tentera Zionis Israel?

Sekiranya kita tidak mampu membantu dari sudut ketenteraan, banyak lagi cara untuk membantu membebaskan Masjid Al Aqsa.



Kita boleh gunakan tekanan politik di PBB, kita boleh sumbangkan duit dan harta untuk membantu mangsa perang dan pelbagai cara lagi.

Janganlah jadi tong kosong dengan ucapan yang bersembur-sembur air liur basi.

Yang peliknya, ada juga yang terpengaruh!!!

 



Gebang PAS Dalam Isu Palestin

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button