Tuan Ibrahim Akui RUU 355 & Hudud Hanya Alat Kempen Bagi PAS

Tuan Ibrahim Akui RUU 355 & Hudud Hanya Alat Kempen Bagi PAS

Tuan Ibrahim Akui RUU 355 & Hudud Hanya Alat Kempen Bagi PAS

Berpuluh tahun PAS menjaja RUU355 hingga ramai jadi taksub dan sanggup lakukan apa saja demi PAS.

Ada yang sampai yakin undi PAS akan masuk syurga.

Tidak sokong PAS akan dihumbankan ke dalam api neraka.



Mereka beranggapan tiket syurga berada dalam parti PAS dan pemimpin PAS yang akan mengagihkannya hanya kepada penyokong PAS.

PAS pernah diberi peluang untuk bentang RUU355 dalam parlimen iaitu pd tahun 2016.

Tetapi selepas dibentangkan kali pertama, PAS minta tangguh sebab tidak mahu dibahaskan atau diundi atas permitaan PAS sendiri.

Kalau benar PAS memang mahu ia dilaksanakan dan mendaulatkan hudud, kenapa hanya setakat dibentangkan sahaja?



Selepas itu pada 2017 menjelang PRU 14, PAS mula menjaja balik tidak akan tangguh lagi pembentangan RUU 355.

Sekali lagi ia jadi modal politik PAS bagi meraih undi.

Maka selepas PAS kalah pada PRU14 mulalah PAS jaja sekali lagi RUU355 dengan laungan semoga PH benarkan bentang RUU355 pula.

Sekali lagi retorik PAS hanya untuk gambarkan seolah-olah hanya PAS yang perjuangkan Islam.



Namun selepas PAS dapat kuasa di Putrajaya, menteri agama dan undang-undang PAS pegang.

Tapi langsung tidak ada suara atau usul untuk bentang balik dalam parlimen ketika itu.

Yang kuat dilalak oleh PAS masa itu ialah RUU355 tiada keperluan segera.



Sebelum ini, ketika jadi pembangkang, PAS juga yang berapi-api perjuangkan RUU 355.

Sekarang, lepas kembali jadi pembangkang, PAS sekali lagi menunggang isu ini untuk survival dan retorik politik sahaja.

Penulis tidak hairan dengan sikap pemimpin PAS, sebab mereka adalah ahli politik yang akan buat apa sahaja, termasuk menunggang agama untuk kepentingan politik mereka.

Tetapi penulis pelik dengan sikap ahli dan penyokong PAS yang masih percaya dengan mereka walau pun sudah berkali-kali ditipu.



 

Tuan Ibrahim Akui RUU 355 & Hudud Hanya Alat Kempen Bagi PAS

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading