Apakah Jasmine Loo Ada Kredibiliti Untuk Menjadi Saksi?

Apakah Jasmine Loo Ada Kredibiliti Untuk Menjadi Saksi

Apakah Jasmine Loo Ada Kredibiliti Untuk Menjadi Saksi?

 

Bukan mempertikaikan keputusan Jabatan Peguam Negara untuk menjadikan bekas peguam 1MDB sebagai saksi pendakwaan.

Tetapi, apakah Jasmine Loo yang selama ini melarikan diri dari Malaysia dan terbabit dengan penyelewengan dana 1MDB mempunyai kredibiliti sebagai saksi pendakwaan.



Jasmine Loo juga dikenali sebagai sekutu rapat kepada penjenayah Jho Low.

Jasmine Loo pernah diburu oleh penyiasat Switzerland.

Ia berkaitan siasatan pemindahan AS$700 juta yang didakwa dilakukan secara haram.

Nama beliau juga pernah disenaraikan di dalam Notis Merah Interpol sebagai antara orang yang paling dikehendaki di Malaysia.



Kerana sudah tidak sanggup hidup dalam buruan di luar negara, khirnya Jasmine Loo mengambil keputusan untuk menyerah diri.

Berikut merupakan antara fakta aktiviti jenayah yang dilakukan Jasmine Loo:

4 Disember 2018

Jasmine didakwa atas dua pertuduhan pengubahan wang haram lebih AS$6 juta yang diterima menerusi akaun Switzerland dikawalnya antara 6 Disember 2012 dan 1 Julai 2014.

Wang itu dipercayai adalah sebahagian daripada dana yang dipindahkan daripada dua tawaran bon 1MDB yang pertama dijamin oleh bank Goldman Sachs.



5 Disember 2018

Polis mengeluarkan waran tangkap terhadap Jasmine berikutan pertuduhan yang dikenakan tanpa kehadirannya.

20 Januari 2023

Mahkamah Tinggi membenarkan kerajaan dan sebuah bank melucut hak satu harta, dua kenderaan mewah dan wang tunai RM22,600 milik Jasmine.

Pihak pendakwaan memohon untuk melucuthakkan dua kenderaan iaitu Audi Q5 2.0 TSFI dan Volkswagen New Beetle 1.6(A), selain RM22,600 dalam akaun Maybank Ai Swan.

7 Julai 2023

Jasmine ditahan polis untuk membantu siasatan kes pecah amanah.



Sebagai seorang yang sangat rapat dengan penjenayah Jho Low, sudah pasti Jasmine Loo merupakan antara saksi utama dalam kes tersebut yang membabitkan DS Najib.

Dalam kes SRC, DS Najib dikenakan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas nilai RM42 juta yang didakwa ke atas beliau.

Tetapi Jasmine yang didakwa melakukan pemindahan wang haram sebanyak USD700 juta tidak didakwa.

Malah dijadikan saksi pendakwaan.



Layakkah seorang penjenayah dijadikan saksi perbicaraan kes jenayah yang beliau terlibat sama?

Apakah Jasmine Loo Ada Kredibiliti Untuk Menjadi Saksi?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading