Demokrasi Sudah Mati Dalam PAS

Demokrasi Sudah Mati Dalam PAS

Demokrasi Sudah Mati Dalam PAS

Ahli Jawatankuasa Pusat PAS menetapkan tiada pertandingan untuk jawatan presiden dan timbalan presiden PAS dalam pemilihan parti yang akan datang.

Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor, mendakwa keputusan itu diambil kerana kedua-dua jawatan itu tidak dicabar.

Namun realitinya tidak begitu.



Rasionalnya, jika Jawatankuasa Pusat PAS sudah menutup ruang untuk kedua-dua jawatan tersebut dicabar, bagaimana ianya boleh dicabar?

Untuk rekod, presiden PAS, Hadi Awang, mula memegang jawatan presiden PAS sejak tahun 2002 kerana kematian presiden PAS ketika itu, Allahyarham Fadzil Noor.

Dan sejak 2003 hingga ke hari ini, jawatan tersebut hanya dipertandingkan sekali sahaja, pada tahun 2015.

Pada tahun 2015, Hadi mempertahankan jawatan presiden PAS dengan mengalahkan Ahmad Awang yang mencabar beliau.



Perbezaan Keputusan Tiada Pertandingan Jawatan Presiden Antara UMNO Dan PAS

Semasa perwakilan UMNO di seluruh negara mengambil keputusan supaya tiada pertandingan jawatan presiden dan timbalan presiden, PAS menuduh demokrasi dalam UMNO sudah mati.

Terdapat perbezaan dalam membuat ketetapan tiada pertandingan jawatan presiden dan timbalan presiden antara kedua-dua parti tersebut.

Keputusan yang dibuat oleh UMNO adalah berdasarkan kehendak akar umbi melalui perwakilan yang hadir dalam PAU 2023.

Dan ianya bukan usul atau ketetapan yang dibuat oleh ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO.



Manakala bagi PAS pula, keputusan tersebut hanya dibuat oleh ahli Jawatankuasa Pusat PAS tanpa mendengar suara akar umbi.

Di dalam PAS, ahli Jawatankuasa Pusat PAS adalah setaraf dengan ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Dan sejak tahun 2003 hingga 2023, jawatan presiden UMNO sudah bertukar sebanyak 3 kali, sedangkan PAS hanya disandang oleh Hadi Awang seorang.

Jadi, demokrasi parti yang mana sudah mati, UMNO atau PAS?



Demokrasi Sudah Mati Dalam PAS

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button