Kisah Malang Putera Gunung Ledang

Kisah Malang Putera Gunung Ledang

Kisah Malang Putera Gunung Ledang

Mula-mula Ketua Pemuda Perikatan Nasional, Fadhli Shaari, memberikan cadangan supaya satu perhimpunan dibuat untuk memanaskan isu DNAA Presiden UMNO, DS Zahid.

Tetapi Fadhli menyedari ada kemungkinan perhimpunan tersebut tidak akan mendapat sambutan sebagaimana yang diharapkan.

Orang yang diharapkan dapat mengumpulkan peserta, Chegu Bard, ternyata gagal dalam perhimpunan Jatuhkan Anwar.



Chegu Bard yang menjadi pengasas Perikatan Nasional Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hanya mampu mengumpulkan 12 orang dalam perhimpunan tersebut.

Dari perhimpunan berbaju kuning, ianya bertukar kepada perhimpunan 12 badut menjual belon bewarna kuning…🤣🤣🤣

Fadhli bentangkan pula plan B untuk memastikan perhimpunan Gerakan Selamatkan Malaysia.

Beliau bercadang untuk ‘hijacked’ anak muda yang menghadiri program Keretapi Sorong yang dijadualkan pada hari yang sama.



Dengan keyakinan cadangan itu akan berjaya, Fadhli dengan bangganya mengumumkan perhimpunan itu nanti akan dihadiri 10,000 orang.

Angka kehadiran yang sama dalam program Keretapi Sorong.

Tetapi beliau gagal untuk mendapatkan kepastian lokasi di mana program itu akan diadakan.

Sebab itu lokasi perhimpunan Gerakan Selamatkan Malaysia terpaksa ditukar beberapa kali.



Rancangan Fadhli ternyata gagal apabila anak muda yang menghadiri program Keretapi Sorong tidak berminat menyertai perhimpunan mereka.

Takut ditahan polis kerana perhimpunan Gerakan Selamatkan Malaysia tidak mendapat kebenaran dari polis, Fadhli mengambil keputusan tidak menyertainya.

Alasan yang beliau berikan adalah kerana kononnya secara tiba-tiba beliau ada temujanji dengan doktor.

Realitinya, beliau dikesan berada bersama-sama Ketua Armada PPBM, Wan Fahysal, sedang bersantai di dalam hotel.



Bila ditanya, alasan yang diberikan kononnya memantau keadaan dari jauh…😂😂😂

Tetapi Fadhli dipanggil polis untuk memberikan keterangan kerana beliau dikenal pasti sebagai penganjur.

Sudah pastilah maklumat dan pengesahan itu polis perolehi dari soal siasat beberapa peserta yang telah ditahan.

Antaranya adalah Chegu Bard.



Adakah Chegu Bard mengkhianati Fadhli kerana marah dengan sikap Fadhli yang penakut itu?

Penulis tidak pasti.

Satu yang penulis pasti adalah Putera Gunung Ledang bernasib malang dalam isu ini.

 



Kisah Malang Putera Gunung Ledang

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading