Angan-Angan Muhyiddin Di Pahang

Angan-Angan Muhyiddin Di Pahang

Angan-Angan Muhyiddin Di Pahang

Sebelum ini penulis ada menyiarkan artikel Gagal Tebuk Atap Di Putrajaya, PAS Cuba Di Pahang Pula.

Dalam artikel tersebut, penulis dedahkan perancangan PAS untuk menubuhkan kerajaan tebuk atap di Pahang sekiranya menang dalam PRK Pelangai.

Malah, PAS dikatakan sudah mempunyai calon menteri besar untuk menerajui kerajaan tebuk atap di Pahang.



Tetapi mungkin PAS terlupa, negeri Pahang adalah negeri yang diperintah oleh SPB YDP Agong, Al Sultan Abdullah.

Dan baginda sudah secara terbuka memberitahu, baginda tidak akan melayan sebarang usaha tebuk atap melalui pengumpulan surat akuan bersumpah.

Dan sultan yang bersemayam di singgahsana sekarang ini adalah anakanda kepada Al Sultan Abdullah.

Sudah pastilah setiap keputusan yang hendak diambil pasti akan dirujuk kepada ayahanda baginda terlebih dahulu untuk mendapatkan restu.



Dan terkini, angan-angan tersebut diteruskan pula oleh pengerusi Perikatan Nasional, Muhyiddin Yasin.

“Ya, (kemenangan) tak akan mengubah (komposisi) kerajaan”.

“Kerana tambah satu (kerusi sahaja)”.

“(Ia juga bermakna) kurang empat (kerusi berbanding kerajaan negeri)”.



“Mungkin nanti ada YB UMNO sedar kesilapan dan ingin masuk jemaah kita”.

“(Jika ia berlaku) In Sya Allah, Tuan Ibrahim bakal menjadi calon menteri besar Pahang,” katanya dalam sesi dialog bersama NGO Melayu di Simpang Durian.

Sebuah daerah di Negeri Sembilan yang bersempadan dengan Pelangai.

Selain dari menggugat kestabilan kerajaan yang memerintah, apakah tidak ada agenda lain yang ada dalam fikiran pemimpin Perikatan Nasional?



Namun pada pandangan penulis, apa yang diucapkan Muhyiddin ibarat tidak lebih dari seorang yang bermimpi di siang hari.

Muhyiddin sedar, mustahil kerajaan negeri akan bertukar tangan.

Namun, untuk memberikan gambaran bahawa Perikatan Nasional masih lagi gagah, maka cerita dongeng terpaksa direkayasakan.

 



Angan-Angan Muhyiddin Di Pahang

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading