Muhyiddin ‘lantik’ Menteri Besar Pahang baru ganti Wan Rosdy

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Muhyiddin 'lantik' Menteri Besar Pahang baru ganti Wan Rosdy

Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin secara terbuka ‘melantik’ Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Menteri Besar Pahang menggantikan Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail.



Muhyiddin berkata beliau ‘lebih besar’ dari Hj Hadi bagi menetukan jawatan Menteri Besar Pahang.

Beliau berkata demikian di hadapan 300 orang pengunjung semasa program di Dataran Purnama, Simpang Pelangai.

Bagaimanapun, kenyataan Muhyiddin disangkal oleh barisan ADUN BN yang membuat sidang media bagi menjawap kenyataan Muhyiddin.

Difahamkan, Perikatan Nasional semakin panik apabila mendapati sokongan pengundi kepada calon semakin menurun dan rakyat sudah mulai berfikir mengenai siri fitnah yang ditabur oeh PN sepanjang kempen PRK Pelangai berlangsung.



Adakah pengundi Pelangai mahu sebuah kerajaan yang sangat kuat menabur fitnah semata demi kuasa? 

Muhyiddin lebih baik jangan bawa perangai buruk ke Pahang hanya untuk menunjukkan perangai tidak senonoh serta menghasut rakyat membenci kerajaan.

Jangan MENIPU RAKYAT dengan pelbagai tohmahan hanya untuk menang PRK Pelangai.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button