Alasan PAS tidak tandingkan  jawatan ‘top 5” meragukan.

 

Alasan PAS tidak tandingkan  jawatan ‘top 5” meragukan.

Oleh – Adam Malek


Pengumuman Parti PAS tiada pertandingan pada lima jawatan tertingginya (top 5) baru baru ini sangat meragukan.



Walaupun PAS cuba mengambarkan konon nya jawatan sudah dtawarkan untuk dipertandingkan namun tiada tawaran disahut dan dicabar ,

Selain itu jurucakao Parti PAS Takiyuddin Hassan pula berkata tindakan tidak ditandingkan jawatan itu juga adalah untuk mengekak pergolakan.

Maka, dalam jangka masa dua hari sudah ada versi tambahan dan juga alasan baru seolah olah semua telah dirancang okleh kepimpinan PAS.

Apa yang nenjadi bualan para netizen dan warganet adalah PAS sangat ghairah masuk campur urusan dalaman UMNO , dan para kepimpinan PAS bersama ahli ahli PAS suka perlekehkan UMNO apabila membuat keputusan tidak pertaneingkan dua jawatan tertingginya (Top 2).



PAS yang dibantu pengkhianat UMNO atau apa yang digelar Kluster Broker sangat ghairah bermain isu UMNO tidak tandingkan dua jawatan tertinggi.

Ini kerana bersama Kluster Broker UMNO.  PAS cuba menukar kepimpinan UMNO yang pro kepada Mahathir dan Muhyiddin , namun gagal.

Maka , apabila PAS sendiri cuba mngelak ada pertandingan ditambah lagi kenyataan Takiyuddin konon mahu mengelak pergolakan, maja sahlah PAS lebih teruk dari UMNO.

Ayau mudahnya , cakap tidak serupa bikin.



Dari maklumat dalaman yang portal kami perolehi, sebenarnya ada juga yang mahu bertanding tetapi takut akan diserang atau disabotaj oleh kepimpinan sedia ada.

Kepimpinan sedia ada sudah pun berada dibawah cengkaman Mahathir dan Daim , lalu kedua mereka tidak mahu muka baru yang tidak sebulu ada didalam “Top 5” sedia ada.

Mahathir mahu “top 5” yang sedia ada sahaja untuk senang berurusan.

UMUM tahu PAS sangat terhutang budi dengan Mahathir kerana kroni Mahathir membantu beri dana kepada PAS.



 PAS SEDIA BERI KERUSI KEPADA MAHATHIR?

 

Jika dilihat Mahathir sudah ditolak rakyat sehingga hilang deposit dan Mahathir juga tiada sokongan tetapi kepimpinan PAS tetap mahu bersama Mahathir tentu ada sebab nya.

Sebab nya tidak lain tidak bukan adalah dana politik.

Umum tahu Mahathir miliki ramai kroni dan proksi dan mereka dipercayai memegang bahagian (portion) Mahathir tanpa perjanjian bertulis.



Maka sebab itu lah PAS harus kondisi kan kepimpinan sedia ada untuk berbakti kepada Mahathir.

Kemasukan kepimpinan baru jika tidak sebulu akan menyukarkan kawalan Mahathir terhadap PAS.

Atas sebab itu lah PAS terpaksa halang pertandingan.

Ini adalah alasan nya yang sebenar.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button