Memo IPIC bocor, Pendakwaraya jawap “No Komen”

 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Memo IPIC bocor, Pendakwaraya jawap "No Komen"
Gambar Fail

Ramai berpendapat bekas Perdana Menteri, Dato Sri Najib dianiaya bila kes IPIC ditangguhkan hingga Jun 2024.

Pendakwaraya masih mahu meneruskan kes IPIC yang dihadapi Najib bersama Tan Sri Irwan Serigar.



Bagaimanapun, Tan Sri Shafee bangun mempersoalkan kebocoran maklumat berupa memo daripada Pasukan Pendakwaan kepada Tommy Thomas, Peguam Negara ketika itu.

Menurut dokumen tersebut, pihak Pendakwaraya bersama Pasukan Penyiasat telah bersetuju tiada keperluan dakwaan diteruskan dalam kes IPIC.

Memo IPIC bocor, Pendakwaraya jawap "No Komen"
Dokumen Tular yang dikatakan Memo Kes IPIC Dari Pihak Pendakwaan

Shafee dalam pada itu menyatakan akan mengheret 7 Timbalan Pendakwaraya, 5 pegawai penyiasat dan bekas Peguam Negara, Tommy Thomas ke mahkamah berkaitan kes perbicaraan 1MDB-IPIC.

Sebelum itu, Shafee bertanya kepada Pendakwaraya mengenai kesahihan ‘memo’ tersebut namun jawapan yang diberikan hanyalah “No Komen”.



Pada 24 Oktober 2018, Najib, 69, dan Mohd Irwan, 66, mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan pecah amanah ke atas harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion berkaitan bayaran kepada IPIC.

Mereka dituduh melakukan semua kesalahan itu di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia, Wilayah Persekutuan Putrajaya antara 21 Disember 2016 dan 18 Disember 2017, mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama. – KES IPIC TERTANGGUH SEJAK 5 TAHUN LEPAS

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button