Hadi Awang Menipu Lagi

Hadi Awang Menipu Lagi

Hadi Awang Menipu Lagi

Dalam perbahasan di dalam Dewan Rakyat, presiden PAS, Hadi Awang, berkata tidak ada istilah DNAA atau dilepas tanpa dibebaskan dalam sistem kehakiman Islam.

“Dalam Islam tak ada dilepaskan tanpa dibebaskan”.

“Mesti dikenakan hukuman,” kata Hadi Awang.



Dan seperti biasa, Hadi pun membawakan kisah-kisah yang pernah berlaku di dalam pemerintahan kerajaan Islam yang lepas.

Sama ada ianya relevan atau tidak dengan isu yang dibincangkan, Hadi tidak peduli.

Janji beliau dapat spin sejarah yang pernah berlaku, walau pun ianya dipetik sekerat-sekerat dan diubah mengikut kesesuaian dan kepentingan beliau.

Kali ini Hadi memetik kisah Sultan Muhammad al-Fatih.



Baginda dihukum bersalah oleh hakim kerana memotong tangan seorang arkitek kerana menggunakan pelan masjid yang salah.

Ia digunakan oleh Hadi sebagai hujah untuk mengukuhkan dakwaan beliau.

Tetapi Hadi lupa, semasa beliau menjadi Menteri Besar Terengganu, beliau sendiri telah meluluskan Seksyen 103 Enakmen Tatacara Syariah Terengganu 2001.

Dalam Seksyen 103 Enakmen Tatacara Syariah Terengganu menyebut:



  • Pendakwa bolehlah berhenti daripada mendakwa selanjutnya pada mana-mana peringkat.

Seksyen 103(1) pula menyebut:

  • Pada mana-mana peringkat apa-apa perbicaraan, sebelum penghakiman diberikan, pendakwa boleh, memberitahu mahkamah bahawa dia tidak bercadang untuk mendakwa tertuduh selanjutnya.
  • Sesudah itu semua prosiding atas pertuduhan itu terhadap tertuduh bolehlah digantung dengan kebenaran Mahkamah.
  • Dan, jika digantung sedemikian, tertuduh hendaklah dilepaskan daripada pertuduhan itu.

Seksyen 103(2) pula menyebut:

  • Pelepasan sedemikian tidaklah terjumlah kepada suatu pembebasan melainkan jika Mahkamah mengarahkan sedemikian.

Adakah Hadi sudah lupa atas apa yang beliau sendiri luluskan ketika menjadi Menteri Besar Terengganu?

Atau Hadi beranggapan, beliau terlalu istimewa sehingga orang lain tidak boleh melakukan apa yang beliau lakukan.



Atau mugkin menipu sudah menjadi darah daging beliau?

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button