Isham Jalil Hanya Berani Mengacah Dari Luar Gelanggang
Isham Jalil Hanya Berani Mengacah Dari Luar Gelanggang
Melalui aplikasi WhatsApp, penulis dapat beberapa respon dari pembaca yang marah atas beberapa tulisan penulis yang mengecam Isham Jalil.
Penulis tidak pasti sama ada yang marah itu adalah penyokong Isham Jalil atau penyokong Perikatan Nasional yang bersimpati kepada Isham Jalil.
Penulis cuma berpegang kepada prinsip, kalau tidak berani dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.
Dan sekiranya tangan kita yang mencincang, maka bahu kita mestilah bersedia memikulnya.
Seorang pejuang yang sebenar adalah seorang yang berani menghadapi apa sahaja rintangan perjuangan.
Namun, sudah semestinya, apa yang diperjuangkan itu mestilah berpihak kepada kebenaran.
Pejuang yang sebenar tidak pernah rasa takut membuka langkah untuk berpencak, apa lagi kalau dijemput berpencak di dalam gelanggang.
Bagi pejuang, gelanggang adalah tempat sebenar untuk bermain dan memperlihatkan ketangkasan sebagai seorang pejuang.
Tetapi, apa yang penulis lihat, Isham Jalil, mengambil keputusan yang berbeza.
Apabila dicabar berpencak di dalam gelanggang, beliau takut dan melarikan diri.
Di luar gelanggang, Isham Jalil bercakap berdegar-degar mengenai perjuangan.
Beliau juga tidak segan silu merekayasa cerita bahawa MKT UMNO akan memecat beliau dalam mesyuarat yang diadakan pada 13 September lepas.
Namun realitinya, apa yang didakwa oleh Isham Jalil itu tidak ada dalam agenda mesyuarat MKT UMNO.
Sepatutnya sebagai seorang yang mendakwa membawa suara akar umbi UMNO, Isham Jalil mesti berani berhadapan dengan MKT UMNO di dalam mesyuarat tersebut.
Tetapi malangnya, beliau memutuskan untuk tidak hadir mesyuarat MKT UMNO.
Jelas terbukti bahawa Isham Jalil seorang pejuang yang bacul dan hanya berani mengacah dari luar gelanggang.
Nasihat penulis kepada Isham Jalil, jadilah pejuang yang terbukti jantannya.
Paling penting, perjuangan itu mestilah berpaksikan kebenaran dan bukannya kepentingan peribadi.
Namun, masih belum terlambat untuk Isham Jalil kembali kepada perjuangan yang sebenar.
Sesat di hujung jalan, kembalilah semula ke pangkal jalan.
Isham Jalil Hanya Berani Mengacah Dari Luar Gelanggang
Di Syorkan Untuk Anda:
- MKT UMNO Terus Membisu Dalam Isu Kes Zahid
- Politik Murahan Pemuda PN Untuk Mendapatkan Perhatian
- PN Tiada Asas Moral Untuk Pertikaikan Keputusan Mahkamah Bebaskan Zahid