MKT UMNO Terus Membisu Dalam Isu Kes Zahid

MKT UMNO Terus Membisu Dalam Isu Kes Zahid

MKT UMNO Terus Membisu Dalam Isu Kes Zahid

Perikatan Nasional dan sekutu mereka terus menggunakan isu mahkamah membebaskan DS Zahid dari 47 pertuduhan.

Mereka secara berterusan menyerang DS Zahid dan Kerajaan Perpaduan dari pelbagai sudut untuk membina imej negatif kepada DS Zahid dan Kerajaan Perpaduan.

Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim hanya beretorik dalam memerangi rasuah dan salah guna kuasa.



DS Zahid gunakan kuasa sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk memberikan tekanan kepada Peguam Negara.

Rakyat Malaysia mesti bangkit untuk menyelamatkan maruah dan integriti Malaysia.

Dan pelbagai cara lagi mereka gunakan untuk memburukkan imej DS Zahid dan Kerajaan Perpaduan.

Tetapi, sangat menghairankan, pemimpin-pemimpin UMNO, terutamanya ahli MKT UMNO, terus membisu dalam mempertahankan DS Zahid.



Mungkin ahli MKT UMNO terlupa, siapa DS Zahid dan apa hubungan beliau dengan UMNO serta apa hubungan UMNO dengan Kerajaan Perpaduan.

Kalau terlupa, penulis ingatkan, DS Zahid adalah presiden UMNO dan UMNO adalah sebahagian dari Kerajaan Perpaduan.

Dalam artikata lain, sekiranya imej DS Zahid runtuh, maka runtuhlah juga imej UMNO di mata rakyat.

Penulis akui, ada isu terpencil mesti diabaikan.



Kerana jika dijawab, ianya akan menarik perhatian umum dan isu yang terpencil itu akan menjadi besar.

Tetapi isu DS Zahid bukan isu terpencil.

Ianya dimainkan di parlimen, dimainkan di media arus perdana dan juga media sosial.

Sekiranya tidak dijawab, ianya akan membina naratif bahawa UMNO adalah sebuah parti yang dipimpin dan dipenuhi oleh pemimpin yang korup.



Setiap hari dan setiap saat, naratif yang cuba dibina oleh musuh UMNO semakin kuat terpahat diminda rakyat dan ianya semakin melebar.

Di mana suara ahli MKT UMNO?

Kalau pun yang ada bertungkus lumus menjawab isu tersebut hanyalah sekerat dua ahli MKT UMNO.

Janganlah hanya mengharapkan penjelasan dari Peguam Negara kerana ianya semakin membenarkan dakwaan institusi Jabatan Peguam Negara berada di bawah tekanan ahli politik.



 

MKT UMNO Terus Membisu Dalam Isu Kes Zahid

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button