Berapa orang ‘mati’ di P026 Ketereh hari ini?

Oleh – Bakhtiar Omar


Berapa orang 'mati' di P026 Ketereh hari ini?

Kenyataan daripada Ahli Parlimen P026, Ketereh, Dato Khlir Mohd Nor semasa berbahas di Parlimen menarik perhatian seluruh negara.



Disebabkan kenyataan beliau, ramai netizen membangkitkan berapa orang ‘mati’ di Ketereh hari ini? Ini bagi mengira berapa jumlah ‘sumbangan’ yang perlu Khlir keluarkan apabila menziarahi kematian di kawasan beliau wakili.

Berapa orang 'mati' di P026 Ketereh hari ini?

“Saya pergi melawat orang mati pun satu hari lima ke tujuh orang, penduduk kawasan saya 300,000 orang, kena bagi sedekah guna duit saya sendiri,” 

Carian menerusi wikipedia mendapati pengundi di P026 Ketereh adalah 85,899 dengan 97.1% merupakan pengundi Melayu, Cina 1.9%, India 0.1% manakala lain-lain kaum adalah 0.9%.



Pada 2022, Khlir menang P026 Ketereh dengan majoriti 23,107 undi daripada 40,542 undi yang beliau perolehi.

Berapa orang 'mati' di P026 Ketereh hari ini?

Rata-rata netizen serta pelayar media terkejut dengan rungutan Khlir bukan sahaja berkaitan dengan kematian, malah rungutan beliau setiap kali menerima jemputan kenduri kahwin dari pengundi Ketereh.

Netizen mula melontar persoalan mengapa beliau memilih untuk bertanding sekiranya enggan mengeluarkan belanja sebagai wakil rakyat?



Tidak kurang juga ramai meminta agar Khlir meletak jawatan jika tidak sanggup mengeluarkan perbelanjaan bagi urusan pengundi Ketereh.

 

@oh.myparlimen

Ahli Parlimen PN terpaksa guna duit sendiri untuk sedekah 😢



♬ original sound – oh.myparlimen

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button