Pelancong New Zealand korban ‘kereta api maut’ Thailand

Pelancong New Zealand korban ‘kereta api maut’ Thailand

Pelancong New Zealand korban ‘kereta api maut’ Thailand
PELANCONG New Zealand maut ketika kereta api melalui Gua Krasae yang mengelilingi selekoh tajam di sekitar tebing curam.-AGENSI

BANGKOK: Seorang lelaki dari New Zealand meninggal dunia selepas terjatuh dari ‘kereta api maut’ di wilayah Kanchanaburi di barat Thailand kelmarin.

Patrick Ward, 45, berdiri di ambang pintu antara gerabak untuk merakam pemandangan ketika kereta api itu melalui Gua Krasae namun dia tiba-tiba tergelincir dan terjatuh hampir 10 meter di kawasan tebing yang curam.

Pegawai Polis Sai Yok, doktor dari Hospital Sai Yok dan pasukan penyelamat dari Yayasan Phithakkan bergegas ke tempat kejadian selepas menerima laporan kemalangan itu.



Pasukan penyelamat berusaha menarik mangsa dan memberikan bantuan pernafasan selama hampir 30 minit namun gagal dan Ward disahkan meninggal dunia selepas mengalami patah leher serta tangan kanan.

Polis Sai Yok dan Polis Pelancong Kanchanaburi bekerjasama dengan Kedutaan New Zealand untuk memaklumkan kematian Ward kepada keluarganya kerana mangsa pergi ke Thailand bersendirian dalam percutian solo.

Laluan landasan kereta api yang melalui Gua Krasae dianggap sebagai bahagian trek yang paling berbahaya selepas mengelilingi selekoh tajam di sekitar tebing curam.

Awalnya perkhidmatan itu dikenali sebagai Kereta Api Thailand-Burma, dan mendapat jolokan kereta api maut selepas lebih 100,000 tawanan perang meninggal dunia semasa pembinaannya selama 16 bulan antara tahun 1942 dan 1943.-AGENSI



Lagi bom meletup di laluan kereta api selatan Thailand, tiga maut

Pelancong New Zealand korban ‘kereta api maut’ Thailand

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Skandal Menara KL: Annuar Musa Tidak Perlu Menggelabah, Biarkan SPRM Siasat




 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button