Shahril Hamdan Cadang UMNO Tubuh Unit Penyelidikan

Shahril Hamdan Cadang UMNO Tubuh Unit Penyelidikan

Mantan Ketua Penerangan UMNO yang juga Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Shahril Hamdan, mencadangkan supaya UMNO menubuhkan satu unit kajian.

Cadangan Shahril, unit kajian tersebut boleh berfungsi sebagai unit R&D UMNO untuk mendapatkan gambaran sebenar sokongan pengundi.



Shahril memberikan contoh Invoke yang dimiliki oleh PKR sebagai model yang boleh dicontohi UMNO.

Menurut Shahril, UMNO tidak lagi boleh terlalu bergantung kepada kajian yang dibuat oleh jentera UMNO.

Ini adalah kerana, telah terbukti ianya tidak dapat memberikan gambaran yang tepat mengenai sentimen pengundi.

Bagi penulis, cadangan Shahril ini adalah cadangan yang baik dan mesti dipertimbangkan dengan sewajarnya oleh kepimpinan parti.



Sudah 2 pilihanraya umum, culaan pengundi yang dilakukan jentera parti di peringkat akar umbi gagal memberikan gambaran yang tepat kepada kepimpinan parti.

Jadi sudah sampai masanya, UMNO menggunakan strategi yang lebih efektif untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat.

Namun begitu, penulis berpendapat, sebelum unti kajian ditubuhkan, UMNO terlebih dahulu mesti memastikan tiada lagi kluster pengkhianat di dalam UMNO.

Sekiranya di dalam UMNO masih lagi wujud kluster pengkhianat, risiko hasil kajian akan dibocorkan kepada pihak lawan adalah besar.



Bukan satu kenyataan tidak berasas, kerana kluster pengkhianat pernah membocorkan perbincangan mesyuarat MKT UMNO ke pihak lawan.

Ada juga risiko, kluster pengkhianat akan menekan atau merasuah petugas di unit kajian supaya memberikan maklumat yang salah kepada parti.

Kali ini, penulis bersetuju seratus peratus dengan cadangan Shahril Hamdan, tetapi persoalannya, mengapakah cadangan itu tidak beliau kemukakan sebelum ini?

Dan melihat kepada sikap Shahril seperti lalang, penulis perlu tegaskan, Shahril bukanlah calon yang sesuai untuk mengetuai unit kajian ini.



 

Shahril Hamdan Cadang UMNO Tubuh Unit Penyelidikan

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading