3 kereta terbakar, tiada unsur khianat
3 kereta terbakar, tiada unsur khianat
KUALA LUMPUR: Tiga kereta yang diletakkan di luar sebuah kondominium di Jalan Bukit Lanjan, Kampung Sungai Penchala, di sini, musnah dalam kebakaran pagi semalam.
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Noor Faizal Mohd Noor, berkata Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.17 pagi.
“Seramai enam anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tun Dr Ismail bergegas ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi kejadian, bomba mendapati kebakaran membabitkan dua kereta Perodua Myvi dan sebuah kereta Peugeot yang musnah 100 peratus,” katanya kepada media, hari ini.
Katanya, kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya pada jam 11.55 pagi.
“Tiada mangsa terbabit dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, siasatan mendapati kebakaran itu bermula daripada sebuah kereta yang ada di situ, sebelum api kemudian merebak serta terkena dua kereta lain yang diparkir berhampiran,
Beliau berkata, tiada unsur khianat dikesan dalam kejadian kebakaran itu.
3 kereta terbakar, tiada unsur khianat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerana Politik Kenapa Hingga Tergamak Menunggang Nama Rasulullah SAW?
- Berjaya Land Saman Sanusi Atas Dakwaan Fitnah
- Hukuman Roger Ng tangguh, apa nasib Najib Razak?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :