Lelaki Marah Sebab Lambat Cakap Kaunter Tutup, Netizen ‘Back Up’ Kakak ‘Cashier’
Di media sosial, tular sebuah video yang memaparkan seorang pelanggan lelaki sedang menengking pekerja ‘cashier’ (juruwang) wanita di sebuah pasar raya.
‘Mana tanda kata dah tutup?’ – Perakam
Rakaman yang tular sejak hujung minggu itu telah mendapat sebanyak 500,000 tontonan selepas menjadi bualan hangat wargamaya.
Lelaki itu telah menimbulkan kekecohan dengan meninggikan suara kerana tidak berpuas hati apabila kakak ‘cashier’ memaklumkan kaunter yang dijaganya telah tutup.
Mana awak punya tanda tutup kaunter? Macam ini ke cara awak layan orang? Saya tak kisah, saya nak awak habiskan kat sini juga!
Difahamkan, lelaki tersebut beratur untuk membuat bayaran di kaunter bersama ibunya tetapi diminta untuk ‘berpindah’ ke kaunter yang lain.
‘Cuba kau yang kerja situ dulu, bang’ – Netizen
Walau bagaimanapun, video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan cara lelaki berkenaan menegur.
Bukan dengan cara macam ini untuk buat teguran. Dia pun ada ramai lagi pelanggan nak kena uruskan.
Bagi warganet, isu itu boleh diselesaikan dengan cara baik serta saling menghormati antara satu sama lain. Selain itu, ada juga netizen yang marah lalu mencadangkan individu terbabit untuk ‘duduk’ di posisi yang sama dengan pekerja itu.
Cuba kau jadi cashier dulu, baru tahu erti penat berdiri lapan jam dengan nak kena layan perangai pelanggan lagi. Bukan kerja yang senang jadi juruwang ni.
Sumber: Twitter