Zeti sihat, apa lagi alasan elak Mahkamah?

kanOleh – Ku Zairi Ku Kamal


Zeti semakin sihat, apa lagi alasan elak Mahkamah?

Bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Aziz kelihatan sangat ceria dan sihat semasa hadir di Pejabat Pos Malaysia Berhad bagi membeli koleksi setem edisi khas.

Beliau membeli setem koleksi Edisi Cendekiawan yang memaparkan wajah Almarhum Prof. Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid.

Menurut Pos Berhad, Zeti turut ceria melayani pelanggan yang hadir bagi mendapatkan koleksi keluaran khas tersebut.

Zeti kini perlu memikirkan apa alasan beliau selain ‘cuti sakit’ bagi mengelakkan diri hadir di Mahkamah sebagai saksi utama kes 1MDB.

Sebelum ini, Zeti berjaya mengelak hadir dengan mengemukakan sijil ‘cuti sakit’ kepada Mahkamah. Bagaimanapun, netizen tertanya apakah beliau benar-benar sakit sehingga memperolehi ‘cuti sakit’ berpanjangan sejak 23 November 2022.

“Beliau hadir untuk mendapatkan sendiri koleksi setem Edisi Cendekiawan yang memaparkan almarhum ayahandanya, Profesor Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid,” jelasnya. Pos Malaysia turut memuat naik foto-foto menunjukkan keceriaan Zeti menyantuni petugas firma kurier nasional itu selain menandatangani lembaran sampul hari pertama. – Utusan Malaysia – 30/12/2022

Netizen turut mempersoalkan kredibiliti ‘sijil cuti sakit’ yang diperolehi Zeti dengan membandingkan tindakan Mahkamah terhadap Najib Razak dalam perihal ‘cuti sakit’.

Zeti yang dikaitkan sebagai antara individu yang sangat rapat dengan ahli pernaigaan dalam pelarian -Jho Low, merupakan individu penting sebagai saksi kes melibatkan Najib.

Banyak pendedahan termasuk dari bekas Peguam Negara, Tommy Thomas mengaitkan Zeti adalah individu yang sepatutnya didakwa kerana dikatakan terlibat secara langsung dalam kes 1MDB. 

Namun sehingga hari ini, pihak berwajib masih belum bertindak walaupun laporan siasatan telah lengkap. Pejabat Peguam Negara juga berdiam diri mengenai laporan yang telah dihantar.

Baca – Siasatan telah lengkap

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker