Bella tidak dapat hadir berikutan demam

Kuala Lumpur: Remaja orang kurang upaya (OKU) Bella sepatutnya hadir bagi proses pengecaman di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Namun remaja yang menghidap Sindrom Down itu tidak dapat hadir berikutan mengalami demam.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya Azizah Mohamad yang memaklumkan Bella sepatutnya hadir bagi proses pengecaman terhadap tertuduh iaitu pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali.

Oleh itu katanya, proses pengecaman itu dijadualkan semula pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.



Tambahnya lagi, beberapa saksi lain yang juga penghuni kondominium yang menjadi lokasi kejadian turut dipanggil untuk pengecaman.

Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Dia didakwa melakukan perbuatan di sebuah kondominium di Wangsa Maju, di sini antara Februari dan Jun 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.



Perbicaraan dijalankan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker