Kisah Ashabul Hadi Yang Tidur 33 Bulan

Kisah Ashabul Hadi Yang Tidur 33 Bulan

Kisah Ashabul Hadi Yang Tidur 33 Bulan

Bila Anwar Ibrahim mengulas tentang Ashabul Kahfi, ramai cytro PAS memperlekehkan ulasan Anwar Ibrahim.

Anwar hanya menyampaikan apa yang ditafsirkan oleh ulamak tafsir atau ulamak mufassirin.

Secara ringkas, kisah Ashabul Kahfi yang terdapat dalam Surah Al Kahfi adalah mengenai sekumpulan pemuda bersama seekor anjing yang Allah SWT tidurkan di dalam gua.



Di kalangan ulamak mufassirin, terdapat khilaf atau perbezaan pendapat mengenai syariat dan di zaman mana ianya berlaku.

Majoriti ulamak mufassirin menafsirkan, ianya berlaku selepas Nabi Isa AS diangkat ke langit antara tahun 100 Masihi hingga 150 Masihi.

Sekiranya betul, maka kumpulan pemuda tersebut beriman kepada syariat yang dibawa oleh Nabi Isa AS.

Ini bermakna mereka adalah termasuk dalam golongan Nasrani atau Kristian dalam istilah Bahasa Inggeris.



Namun, tidak ada kepastian mengenai perkara itu sebab di dalam Al Quran sendiri tidak diberikan penerangan mengenainya.

Sebenarnya isu di zaman mana atau syariat mana yang mereka pegang bukanlah soalan pokok.

Soalan pokok adalah mengenai ketaatan kumpulan pemuda tersebut dalam mempertahankan keimanan mereka.

Dan strategi yang mereka gunakan untuk mempertahankan akidah apabila tidak berdaya menentang pihak yang lebih berkuasa.



Juga yang patut dibahaskan adalah mengenai zat menghidupkan dan mematikan Allah SWT dan bagaimana pertolongan Allah SWT adalah sesuatu yang pasti apabila kita berada di jalanNya.

Tetapi isu tersebut digunakan oleh cytro PAS untuk menghentam Anwar Ibrahim.

Naratif yang cuba ditanam adalah mengenai kedangkalan Anwar Ibrahim dan sifat liberalisma beliau.

Bagi penulis, sebelum dibahaskan kisah Ashabul Kahfi yang ditidurkan Allah SWT lebih dari 300 tahun, lebih elok dibahaskan kisah Ashabul Hadi.



Walau pun ianya tidak terdapat dalam mana-mana kitab, tetapi menarik untuk dibahaskan.

Ashabul kahfi ditidurkan Allah SWT kerana mempertahankan akidah.

Tetapi siapakah yang menidurkan Ashabul Hadi selama 33 bulan dan kerana apa beliau tidur?

Kisah Ashabul Hadi Yang Tidur 33 Bulan

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading