Sudah Empat Puluh hari jadi PM, kerajaan Anwar belum dakwa sesiapa lagi .

 

Oleh Adam Malik

Sudah empat puluh hari lebih Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri (Nov 24 , 2022) , namun sehingga kini masih belum ada berita sesiapa pun akan didakwa lagi untuk kes kes yang popular.



Tidak diketahui sama ada masih dalam proses menyiasat atau pun tiada selesai siasatan lagi.

Ketika Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri hasil kerusi PKR dan DAP selama 22 bulan , Mahathir tidak melengah lengahkan masa untuk bina pesepsi sehingga kes yang belum ada dalam mahkamah lagi pun kerajaan nya sudah mengeledah dan merampas harta dari kediaman mantan Perdana Menteri Najib Razak dengan gelojoh nya di bulan Ramadhan.

Mahathir melakukan nya untuk persepsi apa yang difitnah terhadap DSNR ada lah benar sambil membina minda massa bahawa DSNR sudah bersalah.



Sambil itu kuncu Mahathir dengan gelojoh telah pergi ke negara China untuk membatalkan perjanjian ECRL dan kemudian nya apabila takut disaman, telah menukar intipati perjanjian.

Apa pun , yang jelas ada lah kerajaan Mahathir tidak lepas peluang untuk membentuk persepsi kesalahan sudah ada.

Pada kes Tan Sri Sharir Samad telah terdedah dalam perbicaraan saksi mengaku kes di buat secara gopoh dan gelojoh dimana salah seorang saksi mengaku kes belum lengkap dan bukti belum cukup , namun diarah segera didakwa terlebih dahulu.

Begitu juga pada kes Datuk Seri Najb Razak ,dimana hakim yang sebenar (Datuk Sufian)  sebelum digantikan oleh Hakim Nazlan telah menempelak Tommy Thomas kenapa dakwa dulu baru hendak menyiasat kemudian?



Ini dilafazkan Ketika Hakim bertanya sama ada pihak pendakwa sudah siasat atau belum wang yang dikatakan dalam bank Swiss.

Maka, Tommy menjawap belum lagi lalu hakim menempelak ‘kamu Dakwa dulu baru hendak siasat?”

(Wang kemudian didapati sah ada kerana CEO Sharol telah membawa rombongan BOD melawat bank Swiss).

Maka, contoh contoh ini jelas terlihat kegelojohan kerajaan Tun Mahathir membina kes dan banyak compang camping terdapat pada kes Najib Razak.



Yang menyelamatkan keadaan kes tidak runtuh hanya kawalan terhadap Hakim pilihan dan Peguam dakwa serta mahkamah yang banyak menolak pelbagai bukti .

Begitu juga dengan kes terhadap Presiden UMNO Ahmad Zahid dimana beliau seorang sahaja didakwa sedang kan penerima wang Ultra Kirana termasuk Muhyiddin Yassin ,Khairy Jamaluddin , Hishamuddin Hussin dan Tun Mahathir sendiri melalui anak buah nya dengan code ‘KEDAHAN’ dalam buku saksi pemberi wang,

Kembali kepada hal kerajaan Anwar masih belum membuka apa apa kes terhadap pemimpin Perikatan Nasional berkemungkinan akan menghadapi risiko kegagalan jika pada pemilihan UMNO nanti pihak berkepentingan berjaya menukar kepimpinan UMNO.

Jika mereka sukses, mereka mungkin membida atau mendesak UMNO tukar ‘alingment’  kepada kerajaan Perikatan Nasional dan terlepas peluang mendakwa mereka.



Atau , mungkin mereka tetap dalam kerajaan Pakatan Harapan tetapi bersyarat kes kes mereka dan pemimpin Bersatu tidak dibuka.

Namun , apapun jika benar seperti yang Anwar war warkan konon membenci rasuah , maka kes sedia ada dan sudah lengkap tetapi belum dibuka seperti kes Zeti dan Nazlan harus lah didesak untuk dibuka.

Ini mesti dilakukan segera sebelum terlambat.

Jika sudah 100 hari pemerintahan atau pemilihan UMNO , dan belum ada sesiapa lagi didakwa , maka Anwar boleh dikategorikan sama setara Mahathir , Muhyiddin dan Ismail Sabri ia itu PM gagal.



Gagal sahaja tidak mengapa , tetapi lebih parah jika sudah tidak jadi kerajaan lagi.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button