Calon Presiden jika di cop sebagai proksi Mahathir akan berisiko ditolak perwakilan UMNO

Oleh Adam Malik

Sama ada persaingan untuk menjadi Presiden UMNO akan sengit atau tidak akan bergantung kepada beberapa faktor.

Antara faktor terpenting ada lah calon itu sendiri mempunyai alasan kukuh dan berwibawa untuk jadi Presiden.



Jika setakat mahu menjadi Presiden kerana Presiden sedia ada ia itu Datuk Ahmad Zahid Hamidi ada kes mahkamah maka , ia satu alasan lemah.

Ini kerana ia bukan faktor calon itu kuat dan berwibawa , kerana sekadar mahu tumpang pada kes mahkamah yang diujudkan oleh pihak lawan terhadap Presiden.

Selain itu , calon mahu ganti Presiden juga mesti bukan talibarut pihak luar.

Ini kerana ahli akar umbi UMNO sudah muak dengan parti ditakluki oleh pihak luar melalui proksi dan talibarut mereka dalam UMNO.



Ini telah terjadi sekian lama semenjak “Sheraton Move” lagi.

Pada Langkah Sheraton , pihak lawan dari Parti Bersatu telah menakluki UMNO dengan umpanan jawatan dan kedudukan kepada pemimpin UMNO pilihan mereka.

Mereka mereka yang dipilih menjadi Menteri Kanan dan Menteri semestinya membenci Presiden UMNO dan bukan ProPersiden.

Ini kemudian disambung dengan kerajaan berPerdana Menteri kan pemimpin UMNO tetapi pro parti lawan.



Bukan setakat itu sahaja , malah mesti akur kepada parti Bersatu dengan ikatan perjanjian sulit.

Konon nya tidak mahu ambil Menteri UMNO dari kalangan ada kes mahkamah , tetapi yang tiada kes mahkamah tetapi bukan condong kepada Parti Bersatu tetap tidak dipilih jika dikenal pasti proPresiden UMNO.

Kini , musim pemilihan kepimpinan UMNO sudah tiba.

Bermacam macam perkara terjadi berkaitan nya.



Antara nya banyak pihak mahu mengemuka kan calon yang dikira layak menjadi calon untuk menggantikan Ahmad Zahid Hamidi.

Paling aktif mahu mencampuri dalam urusan menukar Presiden ada lah puak yang dikenal pasti sebagai “Kluster Broker”.

Kluster Broker cuba meletak kan calon mereka yang berkiblatkan Muhyiddin Yassin dan parti Bersatu.

Turut dipercayai mahu campuri urusan menukar Presiden ada lah Tun Mahathir.



Ini kerana Presiden sedia ada di kira tidak selamat dan merbahaya kepada kepentingan politik Tun Mahathir.

Ahmad Zahid dikira tidak membawa manfaat kepada kepentingan Mahathir.

Maka , atas sebab ini dikatakan Mahathir mahu meletakan calon yang akan akur kepada kehendak nya.

Antara nama nama yang disebut sebagai calon Proksi Mahathir dan Muhyiddin adalah Khairy Jamaluddin , Hishamuddin Tun Hussin, Datuk Seri Ismail Sabri dan Datuk Johari Abdul Ghani.



Sama ada benar atau tidak sah atau tidak , akan hal ini , ia belum dipastikan lagi.

Sehingga kni secara rasmi tiada siapa akan membuat pengakuan akan bertanding mana mana jawatan kerana terlalu awal dan jika sesiapa mengumum awal berisiko dicantas .

Jadi , apa yang ada hanya lah sekadar spekulasi dan kerja ‘testing’ respon yang dibuat oleh wakil wakil mereka.

Ini untuk menguji penerimaan dan respon balas.

Apa pun yang sangat penting ada lah jika mana mana calon yang telah di cop sebagai telah di umpan atau di pasang oleh pihak luar atau di ketahui menjadi calon proksi pihak luar , maka calon tu dikira sudah hancur reputasi nya.

Tambah lagi jika calon itu diketahui dibiyai atau di sokong secara sulit oleh individu seperti Mahathir, Tun Daim atau Muhyiddin , maka pencalonan nya dianggap sia sia sahaja kerana ahli UMNO pasti akan menolak nya .

Ahli UMNO sudah jemu dengan pihak luar yang masih hendak ganggu gugat keharmonian UMNO dan mencampuri hal ehwal UMNO.

Tidak kira siapa pun calon itu, pasti akan ditolak mentah mentah jika mewakli pihak luar terutama nya Tun Mahathir dan Muhyiddin Yassin.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button