Kadar faedah tinggi di AS dijangka kekal lama

WASHINGTON: Kadar faedah lebih tinggi akan kekal sehingga Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) yakin bahawa kenaikan inflasi menuju ke arah kestabilan, demikian menurut rumusan mesyuarat Fed yang dikeluarkan minggu ini, lapor Xinhua.

Rumusan itu adalah daripada mesyuarat Fed pada Disember, yang menyaksikan kenaikan setengah mata peratusan menyusuli beberapa kenaikan kadar pada bulan-bulan sebelumnya.

“Peserta secara umumnya memerhatikan bahawa pendirian dasar yang terhad perlu dikekalkan sehingga data akan datang memberikan keyakinan bahawa inflasi dalam laluan penurunan berterusan kepada dua peratus,” menurut rumusan itu, yang dikeluarkan di laman web Fed.



Perkembangan itu ‘mungkin mengambil sedikit masa’, kata rumusan berkenaan.

AS berdepan inflasi terburuk dalam tempoh 40 tahun, dan bank pusat menaikkan kadar faedah beberapa kali tahun lalu dalam usaha memenuhi mandat Fed mencapai inflasi dua peratus.

Sepanjang tahun lalu sehingga November, harga barangan keperluan AS melonjak kepada kira-kira 12 peratus, kenaikan yang tidak pernah dilihat dalam tempoh beberapa dekad.

-BERNAMA



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button