RM58.91 juta diagih kepada PKS

RM58.91 juta diagih kepada PKS

RM58.91 juta diagih kepada PKS
GAMBAR hiasan

Kuala Lumpur: Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF), agensi di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), telah mengagihkan sejumlah RM58.91 juta kepada 17 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) pada suku pertama 2024 bagi automasi dan pemodenan.

Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah sebanyak RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan, kata Menteri MITI Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz hari ini.

Selain itu, terdapat geran padanan disediakan untuk PKS aeroangkasa bumiputera.



“Sasaran adalah 30 syarikat dengan jumlah peruntukan RM150 juta. Sehingga suku pertama tahun ini, RM8 juta telah diagihkan kepada lima PKS,” katanya pada sidang media mengenai Kad Laporan Suku Pertama, MITI, di sini, hari ini.

Bagi Dana Intervensi Industry4WRD (IIF), beliau berkata, setakat 31 Mac, 2024, 401 permohonan daripada PKS Malaysia telah diluluskan, dengan jumlah nilai geran sebanyak RM149.1 juta.

IIF berfungsi sebagai kemudahan sokongan kewangan untuk PKS Malaysia dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan untuk mengguna pakai teknologi Industri 4.0.

Tiga kelulusan teratas adalah untuk pembuatan makanan (78 PKS), produk plastik (51), dan mesin dan peralatan (40).



Dari segi negeri, tiga yang teratas ialah Selangor, Johor dan Pulau Pinang dengan masing-masing sebanyak 165, 70 dan 53 PKS.

Tengku Zafrul juga berkata MITI membantu PKS dalam usaha alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) mereka melalui mekanisme penilaian kendiri.

Sehingga kini, sebanyak 702 daripada 1,000 syarikat yang disasarkan bagi 2024 telah menerima bantuan.

RM58.91 juta diagih kepada PKS

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Shahril Hamdan Mula Merisik Untuk Kembali Kepada UMNO




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading