Kem Zahid Jangan Merasa Terlalu Yakin Dalam Menghadapi Pemilihan Parti
Kem Zahid Jangan Merasa Terlalu Yakin Dalam Menghadapi Pemilihan Parti
Di atas kertas, presiden UMNO, DS Zahid dijangka tidak akan menghadapi masalah untuk mempertahankan kerusi presiden dalam pemilihan UMNO yang akan datang.
Tetapi, itu bukan alasan untuk kem DS Zahid merasa terlalu yakin dan cukup selesa dalam menghadapi pemilihan UMNO.
Penyokong DS Zahid mesti meneruskan kerja keras dan terus memberi penerangan di akar umbi mengapa DS Zahid mesti dikekalkan untuk menerajui UMNO.
Dari maklumat yang penulis terima, percaturan sedang rancak dilakukan di setiap cawangan dan bahagian UMNO di seluruh negara.
Kem Hishamuddin dilapurkan sedang berusaha keras untuk memastikan perwakilan yang akan mengundi akan menyokong Hishamuddin sebagai presiden UMNO.
Walau pun sambutan yang diterima di peringkat akar umbi dikatakan suam-suam kuku, namun sentimen pengundi boleh berubah di saat akhir.
Pendirian dan tingkah laku manusia sangat sukar untuk ditafsirkan, lebih-lebih lagi apabila disogok dengan wang dan pelbagai janji-janji manis.
Jangan lupa atas apa yang UMNO alami dalam PRU 15.
Di atas kertas dan jangkaan awal mendapati UMNO tidak menghadapi sebarang masalah untuk memenangi sekurang-kurangnya 85 kerusi parlimen.
Tetapi atas faktor sabotaj dalaman dan rasuah politik, aliran sokongan pengundi berubah di saat akhir tanpa UMNO menyedarinya.
Akibatnya, UMNO mengalami kekalahan yang tidak pernah dialami dalam sejarah parti UMNO.
Kini, pemimpin sama di peringkat akar umbi yang melakukan perbuatan keji tersebut akan menggerakkan perkara yang sama dalam pemilihan UMNO.
Mereka sudah berjaya melakukannya semasa PRU 15 dan tidak mustahil boleh berjaya sekali lagi dalam pemilihan parti.
Kem Zahid Jangan Merasa Terlalu Yakin Dalam Menghadapi Pemilihan Parti
Di Syorkan Untuk Anda:
- Yang WAJIB Di Tukar Ialah Ketua Bahagian, Bukan Presiden & Timbalan Presiden UMNO
- Makin Kuat RPK Meroyan, Tuduh UMNO Sengaja Kalah PRU 15 Untuk Gulingkan Ismail Sabri
- Tutup Premis Judi Ketika Menjelang PRN, Agak-Agak Lepas PRN Buka Balik Tak?