Azalina bakal tawar diri Naib Presiden?

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Azalina bakal tawar diri Naib Presiden?

Nama Azalina Othman Said disebut-sebut akan menawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan kali ini.

Walaupun belum mengeluarkan kenyataan secara rasmi, nama Azalina tersenarai bersama-sama Johari Ghani, Khaled Nordin, Zambry Kadir, Hasni Mohammad, Azeez Rahim untuk jawatan Naib Presiden.

Melihat kepada perkembangan semasa, tidak mustahil Azalina bakal mencipta sejarah menjadi Naib Presdien wanita pertama dalam Umno.



Namun demikian, nama Azalina juga disebut antara calon pilihan untuk jawatan Ketua Wanita Umno tetapi masih belum ada kepastian samada beliau akan bertanding jawatan tersebut atau tidak.

Menilai pencapaian Azalina, beliau layak untuk memilih mana-mana posisi tertinggi dalam Umno untuk ditandinginya. Pengalaman sebagai Ketua Puteri Umno yang pertama banyak membantu imej beliau serta sokongan bagi mendokong karier politiknya.

Jika benar Umno mahu melakukan reformasi serta rejunivasi parti, inilah masa paling sesuai untuk Azalina nyatakan pendirian beliau dalam Umno. 

Soal Azalina bersama ‘papan’ siapa tidak penting kerana khidmat beliau amat diperlukan Umno untuk kesinambungan parti.



Ini yang perlu dipertimbangkan para perwakilan Umno dalam pemilihan kali ini.

KENALI AZALINA OTHMAN SAID

Azalina Othman Said
Dato Azalina Othman Said

 

Mendapat pendidikan awal di Pulau Pinang sebelum melanjutkan pembelajaran dalam bidang Undang-Undang (Ijazah Muda Undang-Undang) di ITM dan memperolehi Ijazah Sarjana Undang-Undang di United Kingdom.

Dalam politik pula, Azalina mendapat pendedahan sebuah cawangan Umno di Jalan Raja Chulan. Terlibat dengan Pusat Bantuan Guaman Biro Tindakan Sivil UMNO.

  • Menteri Belia dan Sukan 2004 – 2008
  • Menteri Pelancongan 2008 – 2009
  • Menteri Di Jabatan Perdana Menteri 2015 – 2018

Menang tanpa bertanding Parlimen Pengerang pada 2 Pilihanraya Umum, Azalina dilantik sebagai dalam kabinet sebagai Menteri Belia dan Sukan. 

Kini, Azalina merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi).

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker