Fizi Ali Dedah Ada Netizen Mahu Dirinya Dipecat Hot FM?

“Busuk Betul Hati…”

Fizi Ali Dedah Ada Netizen Mahu Dirinya Dipecat Hot FM?

Fizi Ali Dedah Ada Netizen Mahu Dirinya Dipecat Hot FM?

Penyampai radio, Fizi Ali tampil mempersoalkan tindakan beberapa netizen yang dilihat melemparkan kata-kata kasar terhadapnya di media sosial.

Menerusi hantaran di Instagram, Fizi Ali memuatnaik tangkap layar beberapa komen netizen yang memberikan kata-kata kesat, malah ada yang menggelar dirinya sebagai ‘dayus dan munafik’.

“Acah bapak paling sayang dengan anak, masa dengan ex pun kau tak peduli haa. Jantan loser dayus bebal, meroyan nasib ex kau tak buka aib kau bodoh.”-komen netizen

“Muka macam si*al je jantan ni, meroyan macam pondan kat social media. Beria pasal anak konon. Masa dengan ex wife tak ada nak ambil tahu. Dasar dayus, munafik, jantan loser macam ni kerja stesen tv.”-komen netizen lagi

“Ada Masalah Apa-Apa Ke?…”

Tidak berdiam diri, Fizi Ali mempersoalkan tindakan netizen yang sama memberikan komen-komen kasar terhadapnya, malah memperbetulkan komen netizen terlibat dengan menjelaskan bahawa dia bekerja sebagai penyampai radio dan bukanlah di stesen televisyen seperti yang dimaksudkan.

“Awak okay tak ni dik? Ada masalah apa-apa ke? Boleh bincang sama-sama. Nampak macam hidup tengah tertekan je awak ni.

Banyak awak komen rupanya. Awak okay tak ni sebenarnya? Dik, saya kerja stesen radio dik, stesen televisyen belum lagi dik.”-balas Fizi Ali

Fizi Ali Dedah Ada Netizen Mahu Dirinya Dipecat Hot FM?

Mahu Fizi Ali Dipecat Hot FM?

Dalam pada itu, Fizi Ali turut mendedahkan terdapat individu yang mahu dirinya dipecat oleh stesen radio, Hot FM.

“Sekarang kalau dengan radio keluar suara dia terus tukar siaran. Rasa annoying. Hot FM boleh dah replace dia ni.”-komen salah seorang netizen

“Ni kira awak nak Hot FM buang saya la ni. Busuk Betul hati awak ya.”-balas Fizi

Fizi Ali Dedah Ada Netizen Mahu Dirinya Dipecat Hot FM?

 

Fizi Ali Dedah Ada Netizen Mahu Dirinya Dipecat Hot FM?


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Sesungguhnya OREN Itu Menakutkan Adalah Benar

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker