Bekalan air di 83 kawasan terjejas dijangka pulih 9 malam

Kuala Lumpur: Bekalan air di 83 kawasan terjejas di Gombak, Selangor dan Kuala Lumpur berikutan pemotongan tidak berjadual akibat paip pecah dijangka pulih sepenuhnya pada 9 malam.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan memaklumkan kerja-kerja membaiki paip pecah di Taman Perindustrian Bukit Indah, Sungai Buloh telah selesai pada 9.30 malam ini dan bekalan air akan mula diagih secara berperingkat kepada pengguna sebaik saja ia stabil.

Kenyataan itu juga menyebut tangki air akan terus digerakkan untuk menyalurkan bantuan kepada pengguna yang terjejas.

“Keutamaan diberikan kepada premis-premis yang kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian,” katanya.

Pengguna boleh merujuk kepada aplikasi Air Selangor serta akaun Facebook, Instagram dan Twitter rasmi agensi itu untuk maklumat terkini atau menghubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker