Ibrahimovic atasi rekod Dino Zoff

SOLNA, Sweden: Zlatan Ibrahimovic, penyerang Sweden berusia 41 tahun, menjadi pemain paling tua beraksi di pentas kelayakan kejohanan Eropah.

Ibrahimovic mencatat rekod itu apabila dia dimasukkan pada minit ke-73 dalam aksi kelayakan Euro 2024 menentang Belgium di Solna.

Pada usia 41 tahun, lima bulan dan 21 hari, Ibrahimovic kini mengatasi rekod bekas penjaga gol Itali, Dino Zoff, yang bermain menentang Sweden pada 29 Mei 1983, ketika berusia 41 tahun, tiga bulan dan satu hari.

Ibrahimovic sebelum ini memecahkan rekod sebagai pemain paling tua menjaringkan gol dalam saingan Serie A ketika mewakili AC Milan.



Awal minggu ini Ibrahimovic menegaskan, yang dia mahu beraksi di pusingan akhir Euro di Jerman tahun depan dan pada usia 42 tahun, dia bakal menjadi pemain tertua pernah menyertai kejohanan itu.

Bagaimanapun hasrat Ibrahimovic itu tidak selari dengan permulaan kempen Sweden yang kini di tangga tercorot Kumpulan F selepas hatrik Romelu Lukaku memberikan Belgium kemenangan 3-0.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker