Stevenage hukum Villa

London: Manchester City melakarkan kemenangan bergaya menewaskan Chelsea ketika Riyad Mahrez mencetuskan inspirasi kemenangan 4-0 mereka manakala Aston Villa tersingkir selepas kekalahan mengejut 2-1 kepada pasukan divisyen empat, Stevenage pusingan ketiga Piala FA.

Selepas pasukan Liga Perdana Newcastle, Nottingham Forest dan Bournemouth dimalukan oleh kelab bawahan Villa turut menerima nasib yang sama apabila dihukum Stevenage menerusi dua gol pada minit terakhir.

Villa melakukan lapan pertukaran berdepan Stevenage dan pasukan yang berada di tempat kedua Liga Kedua mengambil kesempatan sepenuhnya.



Morgan Sanson meletakkan Villa di hadapan minit ke-33 tetapi Jamie Reid menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti minit ke-88 selepas Leander Dendoncker dilayangkan kad merah.

Campbell meraikan kejayaan gemilang Stevenage apabila meledak gol minit ke-90 hasil tendangan sudut pendek.

“Ia benar-benar istimewa. Pengerusi hanya berkata kepada saya ia adalah hari terhebat dalam hidupnya selama dia bersama kelab lebih 20 tahun,” kata pengendali Stevenage, Steve Evans akan menentang pasukan Kejuaraan Stoke pada pusingan keempat.



Sementara itu Pep Guardiola membuat tujuh perubahan terhadap skuad City yang menang 1-0 di Chelsea pada aksi Liga Perdana Khamis lalu.

Pada pusingan keempat, City akan menanti kehadiran pendahulu EPL, Arsenal atau pasukan tangga ketiga, Oxford, yang akan bertemu awal pagi esok.

Mungkin terlalu awal buat Potter berasa bimbang akan dipecat, hanya empat bulan selepas dia tiba dari Brighton bagi menggantikan Thomas Tuchel, pengendali berusia 47 tahun itu mungkin tidak dapat tidur malam memikirkan prestasi pasukannya.

AF



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button