SUT, ‘BOW-TIE’ – AZWAN ALI DIPUJI BARULAH ‘JANTAN’, DIDOA BERTEMU JODOH DENGAN ZIANA ZAIN

Semua sedia maklum mengenai selebriti serba boleh, Azwan Ali atau sinonim dengan panggilan Diva AA. Terbaru, penampilan Azwan yang muncul secara langsung menerusi program hiburan realiti, ‘Lagu Cinta Kita 2’ telah mencuri perhatian ramai.

Image_1.jpg

Ini kerana Azwan tampil mengenakan sut dalam rona coklat lengkap bersama ‘bow-tie’ serta cermin mata sebagai pelengkap gaya. Dalam program tersebut, figura sensasi ini dilihat serasi bersama hos tetapnya, Elly Mazlein.

Malah menerusi Instagram TV3 Malaysia, rata-rata wargamaya memuji penampilan Azwan yang dilihat secocok dengan kredibilitinya sebagai hos terkenal sebelum ini.



Sehinggakan, ada di antara mereka yang mengimbas kembali nostalgia ketika Azwan mengendalikan program Muzik-Muzik dan Juara Lagu sebelum ini. Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang berharap agar Azwan bertemu jodoh dengan cinta lamanya, penyanyi dan pelakon Ziana Zain.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Image_3.jpg



Image_4.jpg

Image_5.jpg

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading