Shuib Perjelas Komen Sejurus Syamsul Umum Kahwin Lagi
Shuib Perjelas Komen Sejurus Syamsul Umum Kahwin Lagi
Usahawan dan penyampai radio, Shuib tampil mempertahankan dirinya susulan ucapan tahniah yang diberikan kepada rakan artis, Syamsul Yusof yang telah pun selamat berkahwin kali kedua, Jumaat lalu.
Menerusi Instgram, Shuib menulis komen tersebut pada hantaran yang dimuat naik Syamsul sekaligus menyebabkan ada peminat yang rasa tidak puas hati dengan reaksi yang ditinggalkan bapa kepada empat cahaya mata itu.
“Saya tak perlu pertahankan sebab saya rasa lama kelamaan orang akan faham juga apa yang saya cuba sampaikan atas apa yang saya komen itu.
“Ia (komen berdasarkan perkara baik yang ssdang berlaku (Syamsul selamat mendirikan rumah tangga kali kedua) pada ketika itu. Kalau contoh perkahwinan itu tidak jadi pun, ia mungkin baik pada sebelah pihak tetapi tidak kepada pihak yang satu lagi.
“Tetapi janganlah kita sampai jatuhkan hukum hingga ada istilah nak boikot dan sebagainya. Saya tak fahamlah. Nak buat begitu kenapa, saya buat salah apa?
“Sampai ada yang kata inilah kuasa wanita. Ketika itu saya terfikir ini sudah letakkan emosi dah ni. Cuma kita sebagai orang luar, hanya doakan yang baik-baik. Jangan menambah-nambah,” katanya kepada MH.
Shuib berkata demikian sejurus Majlis Penyerahan Sijil Dari Malaysia Book Of Record (MBOR) sebagai Stesen Radio Pertama Bersiaran Dari Atas Kapal Persiaran Mewah’ Genting Dream’ pada Rabu.
Shuib pada masa sama akui, komen ringkas yang diberikan turut mendapat reaksi Syamsul yang mengucapkan terima kasih.
“Dia ada berikan respon, terima kasih katanya. Saya beritahu dia, semoga Allah permudahkan urusan awak. Sudah tentulah saya sebagai lelaki, tak mahu kawan-kawan kita ada masalah rumah tangga.
“Lagi seronok untuk kita tengok kawan-kawan bahagia dan harmoni. Tapi bila begini, kita rasa sedih cuma apa yang mampu, cuba berikan sokongan yang paling baik.
“Cuma takut sekarang ini, penglibatan soal emosi itu yang terlalu banyak. Terlebih-lebih bagi kaum wanita, mungkin,” katanya lagi.
Ditanya mengenai pendiriannya mengenai lelaki yang boleh berkahwin lebih daripada satu, Shuib menjelaskan hal tersebut tidak boleh dipertikaikan.
“Saya ada juga kawan yang berpoligami. Malah yang isteri tolong carikan suami calon pun ada. Saya pun terkejut, tapi itulah realitinya. Bagi saya ia tidak salah, lelaki boleh berkahwin sampai empat.
“Akan tetapi berbalik kepada nasihat orang bijak pandai, bagaimana pun kita menguruskan perkahwinan itu. Daripada segi kemampuan kita untuk berlaku adil. Kalau rasa tidak boleh, tak perlulah,” katanya lagi.
Azlin Hilda Perjelas Sebab Memilih Adira & Puteri Sarah
Shuib Perjelas Komen Sejurus Syamsul Umum Kahwin Lagi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Umno kembali bangkit?
- KJ beri bayangan tanding jawatan Presiden Umno
- Khairy dan kluster Broker akan tetap bersama Anwar jika jadi Presiden UMNO, sebuah janji yang tiada jaminan.